Kembara sehingga ke hujung dunia: Ong Seung Wu, Ahn Jae Hong & Kang Ha Neul pula bakal sertai misi jtbc Traveller seterusnya

jtbc Traveller tampaknya bakal diteruskan untuk musim kedua.

Jurucakap JTBC dilaporkan berkata, “Ong Seung Wu, Ahn Jae Hong dan Kang Ha Neul sedang menimbangkan tawaran secara positif untuk menyertai misi ‘Traveller’ seterusnya ke lokasi yang tak dinamakan lagi.”

jtbc Traveller adalah sebuah program realiti tv yang memaparkan dokumentari pengembaraan ke negara asing oleh jejaka-jejaka ternama dari Korea dengan berbekalkan beg galas saja demi menimba pengalaman di luar daripada kaca seorang selebriti. Musim pertama jtbc Traveller yang lalu yang dianggotai oleh Lee Je Hoon dan Ryu Jun Yeol dalam pengembaraan mereka ke Cuba telah menerima rating yang agak tinggi bagi kategori yang seumpamanya.

Sekiranya tawaran ini diterima ketiga-tiganya, ia akan menjadi projek terbaru yang menggandingkan ketiga-tiganya buat pertama kali semenjak Ong Seung Wu, Ahn Jae Hong dan Kang Ha Neul masing-masing membintangi drama jtbc Moment of Eighteen, jtbc Melo Suits Me dan KBS When Camellia Flowers Bloom.

Sumber: IS Plus, OSEN

loading...