“Cantik kan cuaca hari ini, Sulli? Selamat tinggal temanku..,”- Victoria Song utuskan salam terakhir buat Sulli

Victoria Song, atau nama sebenarnya Song Qian, memuatnaik satu kapsyen bergambar di laman instagramnya sebentar tadi, mengutuskan salam terakhir buat Sulli, bekas rakan seperjuangannya di dalam f(x).

Victoria Song menulis, “Cantik kan cuaca hari ini, Sulli? Selamat tinggal temanku. Aku takkan lupakan kau. Aku sayangi kau,” disertakan dengan foto mereka berlima, Sulli, Krystal Jung, Victoria Song, Amber Liu, dan Luna sebagai anggota asal f(x) lebih lima tahun yang lalu. Kemaskini itu adalah paling terkini dibuat olehnya semenjak tiba ke Korea dari China kelmarin bagi memberi penghormatan terakhir buat Sulli.

Sebelum ini, Victoria Song dilaporkan telah meratapi kematian Sulli di studio penggambaran sebaik mendengar perkhabaran berkenaan dan dikatakan sampai terlupa telah tertinggal bagasi ketika bergegas balik ke Korea. Kelibat Victoria Song dan Amber Liu mengenakan pakaian warna hitam kerana berkabung, juga diperhatikan di lapangan terbang kelmarin.

Pesanan : Jika anda memerlukan seseorang yang ingin berbual, jangan malu dan segan untuk memulakan tindakan serta mendapatkan bantuan. Semak SINI untuk mengetahui Hotlines yang boleh anda capai dan sekiranya perkhidmatan tersebut tidak terdapat di negara anda, sila hubungi talian kecemasan.

Sumber: spottvnews

loading...