Sampai kucing pun sayangkan Kang Daniel, apatah lagi peminat Danity!

Kang Daniel akan membuat kemunculan di dalam program terbitan OSEN, ‘Star Road’ menampilkan dirinya daripada sisi seorang manusia biasa.

Dalam program ini yang disiarkan setiap Isnin dan Jumaat jam 9.00pm KST (8.00pm waktu Malaysia), Kang Daniel membebaskan dirinya sekejap daripada kerjaya sebagai idol di atas pentas untuk menceburkan diri di dalam permainan VR dan mengunjungi kafe kucing terbiar.

Menariknya, sebaik saja Kang Daniel memasuki ke dalam cafe itu, sekumpulan kucing berduyun-duyun mendekati Kang Daniel menunjukkan betapa sayangnya kucing terhadap Kang Daniel seperti yang dirasai oleh peminat Danity sendiri. Mungkinkah aura belaian kasih dimiliki idol tersebut membuatkan kucing menghampirinya?

Kang Daniel yang baru menyinggah Malaysia beberapa minggu lalu masih meninggalkan kenangan manis buat peminat Danity yang datang dari seluruh pelusuk negara untuk menyaksikannya beraksi di atas pentas. Popularitinya dapat dibuktikan apabila meraih undian agak tinggi di dalam carta Kmania Top 10 Stars, dengan hanya di belakang Hanbyul di tempat ke-2.

Episod ‘Star Road’ Kang Daniel ini boleh ditonton secara langsung menerusi platform Naver V Live OSEN.

Sumber: OSEN

loading...