[Terkini] Selepas Victoria & Amber keluar dari SM Entertainment, adakah f(x) akan terbubar juga satu masa nanti?

Kumpulan kpop yang agak sensasi pada suatu masa dahulu, f(x) mungkin juga terpaksa dibubarkan gara-gara tidak bersetuju dengan label mereka, SM Entertainment berhubung pengurusan kumpulan tersebut.

Rancangan peminat untuk mengiklankan sambutan ini secara besar-besaran di beberapa buah pusat beli-belah termasuklah COEX terpaksa dibatalkan, dikatakan gara-gara campur tangan dari SM Entertainment.

Cakap-cakap dalam industri tentang pembubaran mereka sedang mula kedengaran apabila SM dilaporkan telah mengekang segelintir usaha daripada peminat f(x), FX-OXYGEN dari China untuk mengiklankan sambutan sepuluh tahun f(x) di dalam industri walaupun dinafikan SM pernah dihubungi tentang perancangan tersebut. Lebih memburukkan lagi apabila dua orang ahli tetap mereka, Victoria dan Amber telah mengambil pendirian untuk tidak menyambung kontrak lagi bersama SM Entertainment manakala Sulli telah lama meninggalkan kumpulan itu sejak tahun 2015 lagi. Victoria telah membuat pengumuman bersejarah pada hari ini, 5 September 2019 di laman weibo miliknya bahawa dia berterima kasih pada peminatnya kerana telah memberikan sokongan padu kepadanya selama dia berada di dalam SM Entertainment selama sepuluh tahun. Amber juga membuat pengumuman yang sama pada 1 September lepas. Masing-masing akan memulakan langkah baru untuk bergerak aktif secara solo dan merayu peminat mereka untuk terus menyokong mereka di dalam industri selepas ini.

Amber berterima kasih pada Krystal kerana telah mengajarnya bahasa Korea selama sebelah tahun.

Walaupun keempat-empat ahli f(x) – Victoria Song, Amber Liu, Krystal Jung dan Luna Park masih berkawan baik, namun kekangan demi kekangan bakal membataskan mereka untuk bergerak aktif secara berkumpulan kerana SM Entertainment masih bertindak sebagai pihak pengurusan kumpulan itu secara sah. Kali terakhir f(x) mengeluarkan album mereka adalah pada tahun 2015 dengan single “4 Walls” dilancarkan pada masa itu.

Sumber: world daily , chosun daily , weibo

loading...