Yoon Ji Sung daftar tentera hari ini & akan rilis lagu baru 19 Mei

Bekas ketua kumpulan Wanna One ini merupakan ahli pertama yang akan menyertai khidmat ketenteraan. Beliau baru sahaja melancarkan album istimewa ‘Dear Diary’ pada penghujung April lepas.

Yoon Ji Sung akan mendaftarkan diri di kem latihan tentera pada hari ini (14 Mei) secara tertutup. Bagaimanapun, beliau tidak meninggalkan peminatnya atau dikenali BABAL dengan kesedihan. Bahkan beliau meninggalkan mereka dengan kejutan apabila sebuah lagu terbaru nyanyiannya akan dilancarkan dalam masa terdekat. Berita ini dikongsikan oleh Ji Sung sendiri menerusi satu video yang dikongsikan dilaman sosial medianya.

Beliau turut memberitahu BABAL bahawa dirinya dalam keadaan yang baik-baik sahaja dan mengharapkan agar peminatnya juga dalam keadaan yang sama. Ji Sung turut bergurau, “Kamu rasa, saya akan tinggalkan BABAL? Ya, betul, tentulah saya tidak akan buat macam itu. Saya akan keluarkan lagu istimewa pada 19 Mei ini tau!”

 

Lirik lagu terbaru ini “Fairy Tale” adalah hasil ciptaan Yoon Ji Sung sendiri dan lagu ini didedikasikan buat para peminatnya serta mengandungi mesej buat mereka. Lagu ini adalah hadiah buatnya oleh kawan beliau Coffee Boy yang juga merupakan penyanyi merangkap penulis lagu.

Terdahulu, Yoon Ji Sung sempat menghabiskan masa bersama bekas Ong Seung Wu dan Ha Sung Woon yang juga merupakah bekas ahli kumpulan Wanna One di restoran My Sky milik selebriti Hong Suk Chun.

https://www.instagram.com/p/BxNgbXKg39A/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=1rclkcyfdov9w

Apapun, selamat menjalani khidmat tentera dengan penuh bersemangat Yoon Ji Sung!

loading...