Aziz Harun Big Stage 2019 – Tinggalkan seketika cintanya dalam dunia hiburan demi mengejar cita dan impiannya!

Minggu ke-3 Big Stage 2019 bertemakan ‘GLOCAL HITS’ disulami dengan drama yang agak mengejutkan terutama kepada peminat.

Aziz Harun peserta tunggal dari Brunei telah mengumumkan penarikan dirinya dari program realiti Big Stage 2019. Keputusan ini diambil berikutan Aziz menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Pihak pengurusan Big Stage 2019 telah terlebih dahulu perkara ini dan mereka juga memohon penyanyi kelahiran Brunei tersebut menimbangkan semula keputusannya. Namun diakhir persembahan beliau, beliau tekad dengan keputusannya untuk mengundur diri dan memilih untuk menyambung pengajiannya di luar negara.

Aziz Harun mula dikenali menerusi lagu single pertama beliau di Malaysia iaitu Senyum yang dikeluarkan pada tahun 2014.  Dia juga pernah berduet bersama pelakon Hannah Delisha menerusi lagu Hana yang menjadi runut bunyi drama bersiri “Alamatnya Cinta.” Antara lagu-lagu lain nyanyian Aziz HArun adalah “Mama” (duet bersama Elizabeth Tan), “Jangan” dan “Beautiful”.

Kebanyakkan media dilihat menghentam keputusan Aziz Harun kerana penyanyi sekadar memandang enteng dengan penglibatannya dalam Big Stage 2019 dan reputasinya sebagai penyanyi. Big STage 2019 merupakan satu platform yang terbaik untuk penyanyi itu menunjukkan kelebihannya dan belajar untuk memperbaiki segala kekurangan. Jika disaat awal Aziz memilih untuk sambung belajar, kenapa harus bersetuju untuk menyertai program ini. Sekaligus, penarikan diri beliau mencalarkan sedikit reputasinya. Jika dilihat juga, persembahannya untuk tiga minggu juga tidak konsisten dalam memberikan persembahan yang terbaik. Sepatutnya, jika Aziz tekad dengan keputusannya itu, sekurang-kurangnya dia perlu memberikan persembahan yang terbaik dan menghargai usaha para peminat yang menyokong serta mengundinya.

Namun bagi kami di KMania, kami menyokong usahanya untuk terus melanjutkan pengajian diperingkat yang lebih tinggi. Sementelah lagi, bukan senang untuk dapat peluang belajar di luar negara. Dunia hiburan juga ibarat roda, tidak selamanya seseorang itu akan kekal selamanya. Sekurang-kurangnya Aziz menyediakan payung sebelum hujan. Kami juga percaya Aziz telah berfikir sedalam-dalamnya sebelum keputusan dibuat. Meskipun terlepas peluang untuk lebih popular kali ini, siapa tahu akan ada rezeki Aziz dimusim mendatang sebagai seorang penyanyi yang ‘educated’.

Kami berpeluang bertemu dengan Aziz Harun. Menurutnya, tawaran belajar tersebut diterima secara mengejut dan apatah lagi ketika bertanding didalam Big Stage 2019 yang melibatkan 4 negara sudah pasti membuatkan dirinya di dalam dilema. Namun akhirnya memilih untuk mengorbankan pertandingan ini demi tawaran belajar tersebut hanya datang sekali dalam hidup apatah lagi ini adalah ‘çourse’ dan university kegemaran beliau. Aziz Harun akan bakal melanjutkan pelajaran ke United Kingdom iaitu University of East Anglia dalam jurusan ‘Business Economic’. Wow…bukan calang-calang ye… Buat fans, Aziz Harun teruskan menyokonga dia ya!

Pada minggu ke-3 konsert Big Stage 2019, Aziz Harus telah meyanyikan lagi “Beautiful” nyanian asal Bazzi ft Camila Cabello.Pada minggu pertama Aziz menyampaikan lagunya sendiri berjudul “Jauh” dan menyanyikan lagu “Seberapa Pantas” dari SheilaOn7 pada minggu ke-2

All the best pihak Kmania ucapkan buat Aziz Harun. Nanti setelah tamat pengajian, mungkin Aziz boleh bertemu dengan Ajai kerana komposer itu menyatakan bahawa dia suka tone suara dan cara nyanyian Aziz.

Anda pula bagaimana? Setuju atau tidak dengan keputusan Aziz ini.??? Beautiful destination bagaimana yang anda pilih?

Isabel.

loading...