tvN “Forest Of Secrets” bakal kembali dengan sekuel kedua

Drama tvN  “Forest of Secrets” atau “Stranger” akan kembali untuk musim yang ke-2.

Pada September 3, dalam satu laporan eksklusif daripada Ilgan Sports, produksi drama tersebut sedang bersedia untuk menghasilkan musim yang kedua dan berhasrat untuk menayangkannya sekitar separuh tahun pertama 2020. Mengulas lanjut perkara unu, sumber dari tvN mengesahkan bahawa drama ‘Forest of Secret’ akan kembali untuk sekuel terbaru dengan mengekalkan penulis skripnya Lee Soo Yeon dan berkata , “Bila musim terbaru ini akan ditayangkan belum lagi dimuktamadkan.”

Sumber tersebut turut menyatakan bahawa musim terbaru ini akan menggunakan khidmat pengarah baru iaitu PD Park Hyun Seok, yang sebelum ini pernah menghasilkan KBS2 “Uncontrollably Fond” dan “The Princess’s Man.” Untuk musim pertama PD Ahn Gil Ho bertanggungjawab mengemudi drama ini.

Samada teraju utamanya, Bae Doona, Cho Seung Woo, dan pelakon-pelakon musim pertama akan kembali untuk sekuel ini, ianya masih lagi belum dimuktamadkan. Antara yang membintangi “Forest of Secrets” musim pertama dibintangi oleh Bae Doona, Cho Seung Woo, Yoo Jae Myung, Lee Joon Hyuk  dan Shin Hye Sun.

Secret Forest mengisahkan tentang Hwang Shi Mok (Jo Seung Woo) , seorang pendakwaraya yang tak berperasaan (mirip seperti Jang Hyuk dalam Beautiful Mind) akibat menjalani pembedahan otak ketika kecil. Hwang Shi Mok seorang yang bertimbangrasa dan adil, tetapi dia tak reti bersosial dan juga mudah bentak. Satu hari, dia dikejutkan mayat seseorang yang tiba-tiba dicampak ke arahnya. Dia bertemu dengan seorang polis berpangkat detektif, Han Yeo Jin (Bae Doo Na) yang turut mendakwa berlakunya penyelewengan melibatkan pendakwaraya dan juga pembunuhan bersiri yang kerap berlaku.

Baca juga : Review drama “Forest of Secrets”

Drama ini mula bersiaran pada Jun 2017 dan penulis skrip “Forest of Secret” musim pertama, Lee Soo Yeon telah diangkat sebagai Best Screenplay di 6th CariKdrama Awards 2017. Selain itu, drama ini turut merangkul Daesang dan Best Screenwriter di 54th Baeksang Art Awards serta Best Drama di 1st Seoul Awards.

Sumber : star.mk | isplus

 

loading...