Kangnam dan kekasih hati, Lee Sang Hwa umum tarikh perkahwinan!

 

Penyanyi Kangnam dan kekasih hatinya Lee Sang Hwa, bekas pemain sukan luncur yang memenangi dua kali pingat emas Olimpik akhirnya akan menamatkan zaman bujang selepas setahun bercinta.

Pada 29 Ogos, kedua-dua agensi dan label yang mewakili Kangnam (DMOST Entertainment) dan Lee Sang Hwa label (BONBOO Ent) masing-masing telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengesahkan berita perkahwinan pasangan ini.

Antara terkandung dalam kenyataan tersebut adalah:

“Kedua-dua selebriti itu telah berjanji untuk mengikat tali perkahwinan berlandaskan kasih sayang dan kesetiaan. Majlis perkahwinan akan berlangsung pada 12 Oktober depan di sebuah hotel di Seoul. Kami memohon ucapan tahniah dan doa restu dari anda semua buat pasangan ini agar mereka dapat memulakan sebuah kehidupan baru bersama-sama. yang telah anda berikan kepada mereka selama ini. Kami juga berjanji akan melakukan yang terbaik agar mereka akan membalas kembali kasih sayang serta sokongan yang telah anda berikan selama ini. “

Terdahulu, Kangnam dan Lee Sang Hwa mula berkenalan semasa pengambaran rancangan ‘survival’ SBS “Laws of the Jungle” yang bersiaran pada September tahun lepas. Pada Mac tahun ini, keduanya bersedia mendedahkan perhubungan mereka kepada umum dan menyatakan perkenalan mereka telah pun bermula sejak 5-6 bulan yang lepas. Kangnam yang merupakan warganegara Jepun mula menjejak kaki ke Korea pada tahun 2011 sewaktu berusia 24 tahun setelah debut dalam kumpulan M.I.G. Namun, sehingga 2018, beliau yang agak pelat berbahasa Korea ini berasa gembira dengan penerimaan rakyat Korea terhadapnya. Kini Kangnam sedang menjalani proses naturalisasi  untuk menjadi warganegara Korea Selatan.

Apapun, tahniah diucapkan kepada Kangnam dan Lee Sang Hwa!

Sumber : Yonhap | Hankyung| xportsnews

loading...