Apakah Joo Sang Wook dan Kim Bo Ra bakal bergandingan untuk drama terbaru Channel A?

 

Aktor tampan Joo Sang Wook bakal digandingkan dengan pelakon manis Kim Bo Ra.

Pada 28 Ogos, sumber daripada agensi Kim Bo Ra menyatakan, “Kim Bo Ra kini sedang meneliti secara positif tawaran untuk membintangi drama rangkaian Channel A, iaitu ‘Touch.’” Terdahulu, sumber dari agensi aktor Joo Sang Wook, turut berkongsi dengan menyatakan, “Joo Sang Wook sedang meneliti secara positif tawaran dari Channel A ‘Touch’.’”

“Touch” yang bergenrekan rom-com mengisahkan seorang makeup artis yang kemudian menganggur dengan bebanan hutang dan seorang pelatih idol yang gagal untuk debut setelah bergelar pelatih selama 10 tahun. Apabila keduanya bertemu, mereka mula mengejar impian mereka sekali lagi dan akhirnya saling jatuh cinta.  Joo Sang Wook akan membawakan watak sebagai Cha Jung Hyuk, seorang makeup artis dan Kim Bo Ra pula sebagai teraju wanitanya.

Drama terakhir lakonan Joo Sang Wook adalah menerusi drama SBS  “Fates and Furies” disamping Lee Min Jung. Manakala pelakon yang sedang meningkat naik, Kim Bo Ra semakin dikenali selepas membawakan watak Kim Hye Na dalam JTBC “SKY Castle” dan tvN “Her Private Life” sebagai Cindy.

Bagaimana agaknya gandingan mereka berdua ini? Pada pendapat peribadi penulis, gandingan ini agak weird dan tidak punya keserasian mungkin kerana jarak umur dan personaliti yang berbeza.

Sumber : sportschosun | sportsdonga | sportsdonga2

*photo credit as stated

loading...