Lee Hong Ki FT ISLAND akan menyertai khidmat tentera September ini!

Lee Hong Ki FTISLAND akan memulakan khidmat tenteranya mulai September depan.

Media melaporkan bahawa Lee Hong Ki telah pun menerima notis drafnya untuk mendaftar sebagai askar tugas aktif. Sumber dari FNC Entertainment mengesahkan berita itu dan berkata, “Lee Hong Ki akan mendaftar masuk khidmat tentera sebagai askar tugas aktif pada 30 September.”

Mengetahui dirinya perlu menyertai khidmat tentera dalam tahun 2019, Lee Hong Ki dilihat sibuk dengan pelbagai aktiviti.  Dia telah melancarkan album solonya “Do N Do” pada Oktober tahun lalu bahkan Lee Hong Ki bersama-sama dengan ahli FTISLAND yang lain juga telah berjaya mengadakan konsert mereka di dalam dan luar negara tahun ini.

Baru-baru ini, Lee Hong Ki memilih untuk menyertai muzikal “I Loved You” dan telahpun menjalani latihan. Walau bagaimanapun, dengan tarikh pendaftarannya hanya sepuluh hari selepas persembahan ditayangkan, akhirnya dia membuat keputusan untuk mengundurkan diri. Disebabkan ramai antara selebriti saat ini yang tidak memohon untuk menunda tarikh kemasukan mereka untuk jalani khidmat tentera disebabkan oleh jadual seni mereka, Lee Hong Ki juga tidak terkecuali. Berdasarkan jadual yang dikeluarkan oleh agensinya, Lee Hong Ki akan mengadakan persembahan pada 29 September yakni sehari sebelum dia mendaftar masuk.

Apapun, nantikan perkembangan terkini berkaitan Lee Hong Ki dan kemasukkanya dalam kem tentera.

Sumber : starnews | starnews2

loading...