Drama KBS Welcome bakal tampilkan Myung Soo L sebagai ‘kucing’ di samping Park Eun Bin & Seo Ji Hoon

Kim Myung Soo, atau dikenali sebagai L daripada kumpulan INFINITE sudah pun bersetuju untuk membintangi drama KBS terbaru berjudul ‘Welcome’ di samping Park Eun Bin dan Seo Ji Hoon yang masih mempertimbangkan tawaran lakonan masing-masing.

KBS Welcome diadaptasikan daripada webtoon yang menggunakan judul yang sama, berkisarkan tentang seekor kucing yang berubah bentuknya kepada manusia serta mampu menjalani hidup sebagai kucing peliharaan dan juga manusia. L akan memegang watak kucing tersebut yang dinamakan sebagai Hong Jo yang akan menemani Seol Ah, pemilik kucing itu sewaktu dia kesepian dan bergelut dengan kesusahan hidup. Pemilihan L sebagai peneraju utama drama ini agak bertepatan kerana Myung Soo dilihat begitu menyayangi kucing.

Watak yang ditawarkan pada Park Eun Bin pula berkemungkinan ialah Seol Ah manakala watak yang bakal dipegang oleh Seo Ji Hoon pula tidak dapat dikenalpasti lagi. L baru saja membintangi drama KBS Angel Last Mission pada bulan lepas manakala drama terakhir lakonan Park Eun Bin dan terbaru lakonan Seo Ji Hoon pula masing-masing ialah OCN Ghost Detective dan jtbc Joseon Marriage Agency yang akan menemui penonton tak lama lagi.

Baca lagi : L (INFINITE) akhirnya tinggalkan Woollim Entertainment untuk bergerak sendiri

KBS Welcome bakal ditulis oleh Joo Hwa Mi (“tvN Marriage Not Dating”,”tvN Introvert Boss”) dan mendapat sentuhan sutradara Lee Jong Jae (“tvN 100 Days My Prince”). Ia akan ditayangkan menjelang Mac 2020 depan.

Sumber:  OSEN , newsen 1 , newsen 2

loading...