Setelah 6 tahun bersama ‘Running Man’, Jeon So Min undur diri

Tiada lagi gelak tawa dan aksi-aksi lucu Jeon So Min selepas ini dalam rancangan sukaramai popular “Running Man” selepas sosok itu dikatakan akan mengundurkan diri.

Pada 23 Oktober, agensi Jeon So Min; King Kong by Starship mengeluarkan kenyataan rasmi berikut:

Hello. Ini King Kong by Starship.

Pelakon Jeon So Min akan berundur daripada rancangan sukaramai SBS ‘Running Man’  selepas rakaman terakhirnya pada 30 Oktober ini (Isnin).

Memandangkan ini bukan hubungan yang singkat dengan program tersebut, dia benar-benar mengambil masa yang lama memikirkan keputusan ini.

Selepas perbualan yang panjang dengan ahli Running Man, pasukan produksi, dan agensi, dia akhirnya memutuskan bahawa dia memerlukan sedikit masa untuk dirinya sendiri sebelum kembali dengan sisi yang lebih baik.

Kami berterima kasih kepada semua penonton yang telah berkongsi gelak tawa dan sedih bersama Jeon So Min di Running Man sejak April 2017 yang lalu. Kami mohon kasih sayang dan sokongan hangat anda untuk Jeon So Min pada masa hadapan.

Terima kasih.

Pihak produksi “Running Man” juga mengeluarkan kenyataan mengenai pemergian Jun So Min daripada program itu:

Kami memutuskan untuk menghormati keputusan Jun So Min selepas dia menyatakan hasratnya untuk berundur selepas perbincangan yang panjang dengan ahli dan pasukan produksi “Running Man”. Jun So Min akan meninggalkan ‘Running Man’ selepas rakaman 30 Oktober.

Walaupun Jun So Min telah mewarnai  “Running Man” selama enam tahun dengan aksi yang cemerlang, dia telah menyampaikan hasratnya yang mana dia memerlukan masa untuk mengisi semula aktiviti lakonannya. Walaupun ahli dan pasukan produksi berbincang dalam jangka masa yang panjang agar Jeon So Min terus kekal bersama ‘Running Man’, kami akhirnya menghormati kehendak Jeon So Min biarpun keputusan yang dicapai adalah sesuatu yang menyedihkan.

Kami merakamkan ucapan terima kasih kepada Jeon So Min yang menjadikan program ini lebih bersinar sebagai ahli  ‘Running Man’ untuk masa yang lama. Kami meminta sokongan dan galakan hangat daripada semua penonton untuk Jeon So Min yang telah membuat keputusan yang amat sukar ini. Ahli dan pasukan produksi ‘Running Man’ akan menyokong Jun So Min yang akan menjadi ahli tetap ‘Running Man.’

Jeon So Min diumumkan sebagai ahli tetap “Running Man” pada 3 April 2017 bersama pelawak Yang Se Chan.

Penglibatan berterusan Jeon So Min sebagai ahli “Running Man” bermula selepas dia muncul sebagai bintang jemputan dalam rancangan itu.

Kini dengan keputusan Jeon So Min untuk berundur, Song Ji Hyo kembali menjadi satu-satunya ahli wanita “Running Man” disamping lima lagi ahli tetap lain; Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, HaHa, Kim Jong Kook, dan Yang Se Chan.

Selamat maju jaya diucapkan kepada Jeon So Min untuk perjalanan baharunya.

Sumber : 1 | 2

loading...