Ikuti kisah suka-duka perjalanan debut kumpulan X1 dalam tvN “X1 Flash” mulai 28 Ogos ini

tvN Asia akan menyiarkan rancangan berkonsepkan reality show berkaitan dengan finalis Produce X 101 yang kini dikenali sebagai X1. Rancangan yang dinamakan ‘X1 Flash’ akan disiarkan mulai 28 Ogos ini (Rabu), pada jam 7.45 malam.

X1 Flash akan memaparkan permulaan baru bagi 11 anak muda yang bersatu membentuk X1 disamping menyorot segala persediaan serta jerih perih mereka untuk debut, dan juga berkongsi kisah kehidupan harian mereka dalam mengejar impian masing-masing. X1 dianggotai oleh Kim Yo-han, Kim Woo-seok, Han Seung-woo, Song Hyeong-jun, Cho Seung-youn, Son Dong-pyo, Lee Han-gyul, Nam Do-hyon, Cha Jun-ho, Kang Min-hee, dan Lee Eun-sang dari pelbagai agensi hiburan.

X1 akan meriliskan album debut mereka ““Emergency: QUANTUM LEAP” pada 27 Ogos ini. Pastinya, satu fenomena baru bakal melanda ONE IT  (kelab peminat rasmi X1) diseluruh dunia dengan sesuatu yang buat julung kalinya dipersembahkan dari X1. Rancangan X1 Flash merakamkan video disebalik tabir pembikinan album mereka dari proses merekod lagu, latihan tarian, sesi bergambar untuk album sehinggalah pengambaran mzik video. Yang pasti ‘X1 Flash’ akan mengikuti kisah sebenar kehidupan mereka sepanjang proses debut sulung ini.

Biarpun ahli-ahli X1 sibuk dalam persiapan konsert debut,mereka juga turut buka mulut mengenai rasa takut di depan kamera. “Kami sebenarnya agak nervous kerana kami tidak tahu samada debut kami ini akan mencapai apa yang peminat jangkakan selama ini. Selain itu kami berharap untuk muncul di atas pentas dan akan memberikan persembahan yang mempersonakan dan bertenaga buat para peminat kami.”

Nak tahu macam mana perjalanan debut X1? Atau anda ingin tahu kehidupan mereka disebalik dunia hiburan? Jangan lupa untuk mengikuti “X1 Flash” pada setiap Rabu hanya di tvN.

Rancangan realiti pertama daripada finalis program survival “Produce X 101” ini akan menyiarkan siaran perdananya pada 28 Ogos, setiap Rabu jam 7.45 malam waktu tempatan menerusi tvN Asia Ch 395 dan Unifi TV Ch 211. tvN kini boleh diakses di Hong Kong, Singapore, Taiwan, Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Myanmar dan Sri Lanka. Rancangan ini akan disertai dengan sarikata dalam Bahasa Inggeris, Cina, Malaysia, Indonesia dan juga Thailland.

loading...