‘3 Meals a Day’ datang lagi, kali ini dengan kelibat tiga orang gadis cantik menawan pula!

 

‘3 Meals a Day’, rancangan realiti tv yang dikelolakan oleh PD Na Young-seok dan pernah popular dengan gandingan trio lelaki kacak : Yoon Kyung Sang, Lee Soo Jin dan Eric Moon sebelum ini bakal kembali lagi bermula hari Sabtu, 17 Ogos 2019 ini pada jam 21:00 (GMT+8) di tvN Asia (Astro 395 & Unifi 211) dengan gabungan trio wanita pula.

Episod pertama bakal menampilkan Yum Jung-ah dan Yoon Se-ah iaitu pelakon drama Sky Castle, serta Park So Dam daripada filem Parasite yang memenangi anugerah Palme D’or di 2019 Cannes Film Festival.  Episod ini dihiasi dengan pemandangan kampung dan gunung-ganang yang pastinya merupakan suasana yang baik untuk proses cergas semula.

Trio ini bakal melengkapi masing-masing dengan gelak tawa dan sudah pasti kerjasama antara mereka untuk menghidangkan makanan mereka seharian. Tetamu untuk episod kali ini adalah pelakon popular Jung Woo-sung.

Jangan lupa saksikan mereka untuk aksi-aksi ala ala chef.