Dituduh sebagai pencacai komunis China, Jackson Got7 berhadapan ancaman ‘bunuh’ oleh penunjuk perasaan di Hong Kong

Jackson Wang Got7 telah menerima kecaman dan ancaman bunuh oleh jutaan penunjuk perasaan di Hong Kong berikutan prinsipnya yang tetap mahukan wilayah Hong Kong bernaung di bawah satu kerajaan berpaksikan di China.

Menurut satu artikel dimuatnaik dalam laman weibo China, selepas Jackson Wang memuatnaik satu kapsyen politik berbaur provokasi yang mengatakan dia tetap menjadi pelindung kepada bendera China di weibo dan instagram miliknya, beberapa penunjuk perasaan dikatakan berikrar untuk membakar bendera China dengan gumpalan darah di depan GOT7 sebaik saja mereka mendarat di lapangan terbang Hong Kong dan juga sewaktu mereka mengadakan persembahan konsert di sana nanti. Penunjuk perasaan menganggap Jackson Wang bukan lagi warga sebenar yang lahir di wilayah itu tetapi sudah menjadi pencacai (‘anjing’) kepada kerajaan komunis China setelah dengan begitu lantang sekali mempamerkan bendera China semasa konsert Got7 di Chile baru-baru ini. Sesetengahnya pula berpendapat Jackson Wang melakukannya kerana mengharapkan pengaruh dan kesenangan yang berkekalan di tanah besar China pada satu masa nanti.

Sehubungan dengan itu, peminat Got7 dalam kalangan iGot7, memohon pertimbangan agensi JYP untuk membatalkan konsert Got7 yang akan diadakan di Hong Kong dengan memberikan alasan keselamatan. Tanda pagar #JYPE_CancelGOT7HKConcerts dinaikkan di laman sosial twitter bagi menyatakan sokongan tersebut. Malah sehingga kini, dapat dilihat lebih puluhan ribu penunjuk perasaan berhimpun di dalam lapangan terbang antarabangsa Hong Kong sekaligus menyebabkan peminat Got7 tak sampai hati melihat ahli-ahli Got7 akan di’serang’ oleh penunjuk perasaan nanti sekiranya kawalan keselamatan ke atas mereka longgar.

Got7 dijadualkan akan mengadakan konsert jelajah “Keep Spinning”di stadium AsiaWorld-Expo, Hong Kong pada 31 Ogos dan 1 September 2019.

Sumber: hankyung , allkpop, weibo

loading...