Lim Young Min ditangkap memandu dalam keadaan mabuk, pelancaran album AB6IX terpaksa ditangguhkan

Image may contain: 1 person, closeup

Lim Young Min akan direhatkan daripada segala aktiviti AB6IX untuk promosi album akan datang selepas ditangkap memandu dalam keadaan memabukkan dalam satu pengumuman dibuat oleh agensinya, Brand New Music sebentar tadi.

“Pada dinihari 31 Mei 2020, Lim Young Min secara senyap-senyap telah menemui rakan-rakannya untuk berfoya-foya dan memandu keretanya sendiri untuk membawa mereka pulang ke dorm masing-masing. Akibatnya, dia ditahan polis dan lesen memandunya ditarik balik, ” kata jurucakap agensi itu.

“Lim Young Min sedang bermuhasabah diri dan akan menyertai siasatan polis seterusnya jika diperlukan. Oleh itu, Lim Young Min akan direhatkan sebagai ahli AB6IX dan AB6IX akan diteruskan sebagai 4 orang ahli tanpa Lim Young Min. Manakala, promosi album akan datang ditangguhkan dari 8 Jun ke 29 June untuk merombak kembali pengurusan kumpulan,” kata jurucakap DUI lagi menjelaskan ketiadaan Lim Young Min nanti.

Selain Lim Young Min, AB6IX dibarisi empat orang lagi jejaka muda termasuklah dua orang bekas ahli Wanna One, Lee Daehwi dan Park WooJin. AB6IX dijangka akan mengeluarkan album EP kedua mereka berjudul ‘Vivid’ pada tarikh ditetapkan sebelum ini, merupakan ‘comeback’ terbaru mereka selepas digital EP 5nally pada Februari lalu.

Sumber: sportworldi

loading...