Han Seung Woo dilantik sebagai ketua kumpulan X1 mendahului Kim Yo Han dan lain-lain

Han Seung Woo yang merupakan ahli tertua sekali, telah mendapat undian sebulat suara dalam kalangan kesemua ahli X1 untuk dinobatkan sebagai ketua kumpulan mereka.

Keputusan itu dicapai menerusi VLIVE dibuat pada 22 Julai tadi dengan setiap ahli X1 menamakan pilihan mereka. Kesemua ahli termasuklah Kim Yo Han, Kim Woo Seok, Song Dong Pyo,  Kang Min Hee, Cha Jun Ho, Lee Han Gyul, Nam Do Hyon dan Jo Seung Yun sebulat suara memilih Han Seung Woo.

Kang Min Hee memberikan alasan bahawa Han Seung Woo ialah seorang yang tak memerlukan kata-kata  manakala Son Dong Pyo yang paling muda sekali antara mereka, pula menyatakan keperibadiannya seperti ayah menjadikan sebab dia memilih Han Seung Woo. Kim Yo Han pula menyebut secara ringkas bahawa Han Seung Woo semenangnya sentiasa menjadi ketua mereka manakala Lee Han Gyul berpandangan bahawa Han Seung Woo mempunyai riak muka yang menyeksikan dan disukainya. Walaupun kesemua ahli memilih Ha Seung Woo, Han Seung Woo pula mengecualikan dirinya dan mencalonkan Jo Seung Yoon sebaliknya. Han Seung Woo berpendapat Jo Seung Yoon mampu mengubah suasana kumpulan dalam keadaan yang menyeronokkan.

Setelah masing-masing membuat pilihan, akhirnya Han Seung Woo mengerti lalu memberi jaminan akan bekerja lebih kuat dan meminta ahli-ahli kumpulan mengikut atur langkahnya. Siaran langsung VLIVE tersebut telah berjaya meraih 2 juta tontonan dengan 200 juta tanda suka. X1 dijangka akan membuat kemunculan khas beramai-ramai mulai 27 Ogos 2019 di Gocheok Sky Dome dan akan diuruskan oleh Swing Entertainment untuk kontrak selama lima tahun.

Sumber: VLIVE , mstar

loading...