Rentetan penangkapan Kang Ji Hwan di atas dakwaan rogol semalam, beberapa kejadian pada masa silam berkaitan dengan perilaku seksualnya mula mendapat perhatian netizen semula.
Pada tahun 2014, seorang wanita warga Filipina telah memuatnaik beberapa foto dirinya bersama Kang Ji Hwan yang sedang nyenyak tidur tanpa seurat benang. Foto tersebut yang disertakan dengan kapsyen menunjukkan betapa gembiranya wanita itu dapat berdampingan dengan Kang Ji Hwan di sisinya, telah mencetuskan kegusaran terhadap peminat Kang Ji Hwan yang menyangkakan pelakon itu sepatutnya menumpukan kepada sesi fotografi, bukannya berseronok mengadakan hubungan seks dengan sesiapa saja di sana. Akibatnya, agensinya bertindak balas dengan mengatakan wanita itu yang merupakan isteri kepada ejen pelancong hanya sekadar bergurau-senda dengan mengambil gambar di sisi Kang Ji Hwan yang sedang nyenyak tidur. Wanita tersebut dikatakan telah diarah untuk membuat permohonan maaf di Facebook-nya selepas itu.
Walaubagaimanapun, beberapa bukti ditemui oleh netizen berdasarkan gambar-gambarnya pada masa itu menunjukkan wanita itu ialah seorang penari dan tidak mempunyai suami seperti didakwa oleh agensinya. Manakala, Kang Ji Hwan pula tetap menegaskan dia hanya diperkenalkan kepada isteri ejen pelancong itu saja. Semenjak daripada itu, netizen menganggap Kang Ji Hwan sanggup berbohong untuk menyembunyikan tabiat seks rambangnya di hadapan orang ramai.
Baca lagi : Kang Ji Hwan ditangkap polis sewaktu tengah ‘sedap’ merogol mangsa
Sementara itu, Huai Brothers, produser drama TV Chosun “Joseon Survival” akan membuat keputusan berhubung penarikan siaran langsung drama tersebut yang menggunakan Kang Ji Hwan sebagai teraju utamanya setelah membuat pengesahan dengan pihak polis.