[Gempar] Kang Ji Hwan ditangkap polis sewaktu tengah ‘sedap’ merogol mangsa

Kang Ji Hwan ditahan polis pada jam 10.50 malam tadi (9 Julai 2019) di rumahnya sebaik saja aduan dibuat oleh rakan mangsa.

Berdasarkan laporan media, Kang Ji Hwan mengajak dua orang pekerja wanita daripada agensinya yang dinamakan sebagai A dan B untuk minum arak bersama dengannya di dalam rumahnya. Selepas masing-masing puas minum, Kang Ji Hwan telah menerpa masuk ke dalam bilik di mana kedua-duanya sedang terlantar tidak sedarkan diri lalu mencabul kehormatan B dan merogol A dengan rakusnya.

Sebelum itu pada jam 9.41 malam, A sempat menghantar mesej peribadi kepada rakannya yang tinggal di Seoul dengan berkata, “Aku tengah minum di rumah Kang Ji Hwan, tapi sekarang kami terperangkap.” Bimbang perkara buruk terjadi pada rakannya, rakan A terus membuat aduan polis. Polis yang tiba di depan rumah Kang Ji Hwan terkejut apabila mendapati Kang Ji Hwan masih sedang menyetubuhi A yang dalam keadaan tidak sedarkan diri. Polis terus menahan pelakon tersebut.

Sewaktu disoal-siasat polis, Kang Ji Hwan dilaporkan berkata, “Saya hanya ingat kami sedang minum bersama, tak tahu apa jadi selepas itu. Apabila buka mata saja, saya berada di dalam bilik di mana A sedang nyenyak tidur.” Polis cuba mendapatkan pengakuan daripada Kang Ji Hwan tapi terpaksa berhenti untuk seketika sehingga pelakon itu sedar daripada mabuknya.

Kang Ji Hwan kini sedang membintangi drama TV Chosun  “Joseon Survival”.

Sumber: yna , OSEN  , chosun ilbo

loading...