Seventeen dikecam kerana kelewatan mereka menyebabkan penerbangan ditangguhkan selama satu jam

Kumpulan kpop Seventeen telah dikecam oleh netizen setelah penerbangan dinaiki mereka bersama penumpang lain ditangguhkan selama sejam disebabkan kelewatan mereka.

Menurut beberapa testimoni daripada penumpang-penumpang dalam penerbangan yang sama, mereka dimaklumkan punca kelewatan penerbangan itu adalah disebabkan mereka terpaksa menunggu ketibaan penumpang lain yang belum masuk ke dalam kapal terbang. Lebih mengejutkan mereka apabila mendapati penumpang-penumpang yang lewat tersebut ialah ahli-ahli kumpulan Seventeen selepas hampir sejam menunggu. Peristiwa tersebut merujuk pada penerbangan Okinawa ke Incheon (Asiana OZ171) pada 18 Jun yang mana sepatutnya tiba pada 3.25 PM, tapi ditunda pada sejam kemudian, pada jam 4.34 PM.

Serentak dengan pendedahan tersebut, sekumpulan netizen memohon Seventeen dan Pledis Entertainment bertindak sesuatu terhadap sesiapa saja yang terkesan akibat kelewatan mereka. Sebilangannya pula mempersoalkan samada mereka pernah memohon maaf kepada penumpang-penumpang lain sewaktu baru saja menaiki kapal terbang tersebut.

Pledis Entertainment dalam satu kenyataan rasmi dikeluarkan sebentar tadi, ” Walaupun Seventeen telah tiba awal dan ‘check in’ tepat pada masanya, pihak pengurusan lapangan terbang telah menahan kami disebabkan isu berkaitan dengan visa anak-anak buah kami. Juga disebabkan cuaca tak menentu, kami dimaklumkan penerbangan itu sepatutnya dijangka lewat 30 minit, dan ditambah lagi dengan masalah Seventeen, maka masa kelewatan itu bertambah kepada sejam.”

“Walaubagaimanapun, ia dilakukan secara tak sengaja. Kami memohon maaf di atas kelambatan isu visa tersebut telah menyebabkan penerbangan ditunda, ” tambah jurucakap agensi tersebut.

Sumber : star.mk