Kecaman terhadap Sana TWICE semakin memuncak; Netizen berkongsi cerita datuknya diseksa regim Jepun dahulu

Sana TWICE terpalit dalam kontroversi baru-baru ini apabila kapsyen bergambarnya dimuatnaikkan menerusi instagram rasmi @Twicetagram tentang pengiktirafannya terhadap peralihan kuasa maharaja Jepun ke era baru telah mengundang kecaman teruk daripada sebilangan netizen-netizen di Korea.

Sana berkata , “Sebagai seseorang yang lahir pada era Heisei, ia agak sunyi hari ini tetapi saya akan buat terbaik. Mari kita jadikan hari terakhir ‘Heisei’ ini sebagai permulaan untuk hidup baru.” Sana merujuk kepada maharaja Akihito Jepun yang akan melepaskan takhtanya kepada putera mahkotanya, Naruhito selepas lebih 30 tahun memegang tampuk kekuasaan.

Namun, kapsyennya telah mengundang perhatian sesetengah nationalis Korea di sana kerana Sana atau label JYP tak sepatutnya menggunakan instagram @Twicetagram untuk menyatakan kekagumannya terhadap negara kelahirannya itu lagi-lagi apabila kapsyen tersebut hanya ditulis dalam bahasa Jepun. Malah, cara penulisan 연호 (‘Yeongho’)-nya telah mendapat kecaman berterusan terutamanya daripada cucu mangsa kekejaman Jepun suatu masa dulu. ‘Yeongho’ merupakan simbol ketenteraan di bawah arahan maharaja Jepun sewaktu Jepun dahulu muncul sebagai kuasa penjajah utama.

Netizen itu menulis, “Saya menulis komentar ini dengan penuh rasa marah terhadap Park Jin Young, pemilik sebenar JYP yang mewakili TWICE. Saya antara generasi tua yang terkesan dengan pemaksaan dilakukan oleh tentera Jepun tanpa sekelumit permohonan maaf dan pampasan diberikan oleh mereka. Saya teringat datuk yang kembali dengan kapal yang rosak dalam keadaan kelaparan  semata-mata mahu mengelakkan dirinya daripada dikerah untuk menjadi ‘orang’ mereka. Sampai sekarang, pengalaman itu terpahat dalam hati saya.”

Kemudian, netizen lain pula membalasnya, “Ia bukan sebab raja sekarang lebih baik berbanding dahulu, tetapi sebab Sana rakyat Jepun yang tinggal di sini dan tak de rasa sensitif tentang sejarah imperalisme Jepun ke atas Korea. Ajarkan pada idol kamu dengan betul. Saya seru Park Jin Young bertanggungjawab dan memohon maaf di atas perangai sarkastik Sana.”

Hubungan yang keruh antara Korea dan Jepun suatu masa dahulu seringkali menjadi isu yang dikaitkan dengan selebriti-selebriti kpop mereka baik yang menapak di Korea mahupun di Jepun. Dahulu, BTS pernah dihalang untuk mengadakan persembahan di program realiti Jepun kerana ahli kumpulan itu dikatakan tak sensitif apabila mengenakan baju yang memaparkan logo pengeboman nuklear.

Sumber: tv report

loading...