[Update] Strategi ‘back on track’ YG, selepas Blackpink, kini WINNER pula bakal kembali!

Terkini

WINNER dijangka mengeluarkan album terbaru mereka ‘WE’ pada 15 Mei ini, tepat jam 6 petang waktu Korea Selatan. Buat Inner Circle, please get ready!

Terdahulu:

Berita baik buat para peminat kumpulan WINNER atau dikenali Inner Circle, mereka akan kembali menghangatkan industri hiburan tidak lama lagi dengan kehadiran album penuh mereka.

Terkini, WINNER baru saja menghadirkan sekeping foto sebagai tanda mereka akan kembali menggoda para peminat.

Sekadar menyertakan logo W yang bermaksud  WINNER dan tertulis akan datang, cukup untuk memberikan kejutan buat peminat. Apa pula kelainan yang akan mereka berikan kali ini. Pada bulan Disember tahun lepas, WINNER telah mengeluarkan single berjudul ‘Millions’ yang ditujukan khas buat peminat mereka.

Sebelum ini, desas desus menyatakan WINNER bakal muncul kembali sekitar Jun depan. Nampaknya, mereka telah bersedia untuk kembali dengan lebih awal. Pastinya, peminat tidak sabar menantikan kemunculan semula kumpulan ini.

Nantikan berita selanjutnya tentang kumpulan WINNER.

loading...