Agensi FNC semalam membuat penafian tentang khabar angin mengatakan Lee Jong Hyun merakam video seks dengan wanita teraniaya bersama Jung Joon Young atau memperkosa mangsa seperti diperdebatkan di laman sosial oleh netizen.
“Khabar angin Lee Jong Hyun CNBLUE (memperkosa mangsa) di dalam internet itu tak benar. Dia sudah pun akur akan kesalahannya dan sedang bermuhasabah diri. Kami akan bertindak tegas terhadap netizen menyebarkan khabar angin tersebut.”
Kenyataan FNC ini sekaligus menolak kemungkinan untuk menyingkirkan Lee Jong Hyun daripada CNBLUE walaupun didesak oleh sekelompok peminat kumpulan tersebut.
Sebelum ini, portal media melaporkan beberapa keratan mesej dua hala antara Jung Joon Young dan Lee Jong Hyun, menunjukkan bahawa mereka saling berborak lucah sesama sendiri dengan Lee Jong Hyun menyatakan keghairahannya dan meminta Jung Joon Young meminjamkannya gadis yang cantik serta masih suci daranya. Meskipun dicop gila seks oleh netizen, Lee Jong Hyun tak tergolong dalam antara kumpulan ‘chatroom’ yang sama dengan Jung Joon Young, Seungri dan Choi Jong Hoon FT Island. Maka atas sebab itu, ia dapat dipastikan bahawa Lee Jong Hyun ada merakam video atau memperkosa mangsa samada secara bersendirian atau bersama Jung Joon Young.
Sumber: news nate1, news nate2 , sport mk