IU kembali ke Kuala Lumpur sempena siri jelajah “H.E.R.” dengan adakan persembahan untuk 2 hari

IU kini bersiap sedia untuk memulakan siri jelajah dunianya untuk memberikan persembahan yang hebat buat peminatnya.

Pada 17 Januari tengah malam KST, IU secara rasmi mengumumkan tarikh dan bandar untuk siri jelajah dunianya yang akan datang “H.E.R.”

Selepas mengadakan konsert selama empat hari di Seoul  konsert pada 2, 3, 9 dan 10 Mac ini, IU akan mulakan pengembaraan siri jelajah dunia untuk melawat pelbagai bandar di seluruh Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.

Paling menarik, IU akan kembali ke Kuala Lumpur selepas “Love, Poem” pada 2019. Kali ini, istimewanya IU akan mengadakan persembahan untuk dua hari. Pasti para peminat IU teruja untuk menyaksikan persembahannya kerana IU tidak pernah mengecewakan peminat dimana figura itu sentiasa memastikan akan memberikan yang terbaik dalam setiap konsertnya. IU akan berkunjung ke Kuala Lumpur pada 8 dan 9 Jun untuk 2024 World Tour “H.E.R.” MUSIC yang akan diadakan bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur.

Biarpun tiada maklumat lanjut mengenai konsert IU di Kuala Lumpur pada Jun kelak, rata-rata peminat seakan tidak sabar untuk menyambut kedatangan IU. Masing-masing sudah mula menyusun rancangan bagi memastikan mereka dapat menyaksikan persembahan hebat IU secara langsung dan bertentang mata. Kelab peminat IU di Malaysia atau KU-AENA pastinya tidak menang tangan bagi memastikan kehadiran IU kali ini berjalan dengan lancar dan meninggalkan kenangan yang paling berharga.

Jom semak senarai destinasi siri jelajah 2024 World Tour “H.E.R.” MUSIC di bawah!

Apapun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi serta maklumat lanjut berkenaan konsert “H.E.R” dari pihak yang berkaitan.

loading...