Cha Tae Hyun & Kim Jun Ho didapati bermain judi secara haram bersama Jung Joon Young, menurut KBS 1TV ‘News 9’

Dari kiri: Cha Tae hyun, Kim Jun Ho dan Jung Joon Young

Slot buletin utama cenel KBS, KBS 1TV ‘News 9’ telah melaporkan bahawa pelakon dan idol program realiti tv popular, Cha Tae Hyun didapati bersama-sama dengan Kim Jun Ho dan Jung Joon Young bertaruh wang sejumlah jutaan korean won secara haram untuk permainan golf di negara Siam.

KBS 1TV ‘News 9’ turut mendedahkan ketiga-tiga selebriti berkenaan telah memuatnaik gambar beserta kiraan duit yang dimenangi mereka daripada perjudian tersebut ke dalam laman ‘chatroom’ Kakaotalk milik Jung Jong Young dan Seungri. Pada 1 Julai 2016, Cha Tae Hyun yang bermain golf bersama Kim Jun Ho menyatakan kegirangannya di dalam laman ‘chatroom’ tersebut selepas memperolehi keuntungan sebanyak 50,000 won. “2 jam saja duit ini membuak, ” kata Cha Tae Hyun.

“Hari ini, aku menang model Jun-Ho 260 pula…” tambah Cha Tae Hyun lagi dengan memuatnaik gambar selang dua minggu seterusnya pada 19 Julai.

Walaubagaimanapun, berdasarkan laporan KBS 1TV ‘News 9’ ini, Cha Tae Hyun hanya dikaitkan dengan aktiviti perjudian bersama Jung Joon Young bukannya terbabit atau diberitakan mempunyai pengetahuan tentang rakaman seks dilakukan Jung Joon Young. Tidak dipastikan samaada ‘chatroom’ Kakaotalk dimaksudkan ini turut didiami oleh Seungri dan Choi Jong Hoon Ft Island.

Sementara itu, PD ‘2 Days 1 Night’ telah memutuskan untuk mengundur diri manakala KBS akan membuat pengumuman rasmi tentang pembatalan atau penstrukturan semula program ‘2 Days 1 Night’ ini selewat-lewatnya pada 18 Mac 2019. Manakala, MBC ‘Radio Star’ juga sedang mengamati tuduhan itu dan akan membuat keputusan untuk mengekalkan Cha Tae Hyun sebagai pengacaranya kemudian.

Sumber: OSEN , sport chosun

loading...