9 artis lelaki korea ini disyaki oleh netizen melanggan ‘pelacur’ menerusi Seungri Big Bang

Semalam, bertebaran desas-desus mengatakan sebanyak tujuh orang artis korea lelaki tersenarai sebagai pemilik akaun yang berinteraksi dengan Seungri Big Bang di dalam laman mesej (“chatroom”) KakaoTalk dan seterusnya menjadi bukti dakwaan Seungri sebagai ‘broker’ atau bapa ayam.

Kebetulan, mesej itu dikatakan didedahkan oleh salah seorang daripada artis lelaki Korea tersebut secara tak sengaja kepada orang lain sewaktu dia menghantar telefon pintarnya untuk diperbaiki di kedai, menurut laporan daripada YTN. Seterusnya, pemberi maklumat dirahsiakan namanya itu menyerahkan mesej bergambar beserta data ‘Excel’ kepada portal SBS Fun E dan kemudiannya didedahkan wartawan portal berkenaan untuk perhatian umum ketika peristiwa di kelab Burning Sun sedang bergolak dua minggu lepas. Pihak polis kemudian berpuas hati untuk menamakan Seungri sebagai suspek setelah menyoal-siasat beliau selama hampir lapan jam pada minggu lepas.

Isu ini bertambah parah dan kusut apabila video-video seks yang dimuatnaik oleh selebriti-selebriti lelaki Korea ke dalam laman chatroom tersebut adalah dibuat tanpa kerelaan wanita, yakni pelacur yang diperlakukan sebagai bahan dagangan seks mereka. Sebanyak lebih 10 orang wanita menjadi mangsa.

Berikut merupakan 9(+)1 orang artis lelaki korea yang disyaki oleh netizen berhubung dengan Seungri bagi mendapatkan sesuatu (pelacur), yang mana hanya beberapa saja daripada nama-nama selebriti yang dispekulasikan ini  berinteraksi sesama sendiri menerusi laman mesej tersebut.

1. Seungri

Seungri merupakan salah seorang yang dituduh sebagai ‘bapa ayam’ kerana menjadi orang tengah dalam mendapatkan khidmat pelacuran bagi pelanggan-pelanggannya termasuklah daripada para pelabur, hartawan dan golongan selebriti. Kontroversi berpanjangan dan kecaman berterusan telah memaksa Seungri mengumumkan persaraannya menerusi laman sosial semalam dan agensi YG belum memberikan apa-apa kata putus mengenai kontraknya bersama Seungri.

2. Jung Joon Young

Jung Joon Yeong bergambar bersama Seungri.

Berita mengenai Jung Joon Young sebagai pelanggan utama Seungri mula didedahkan oleh slot ala-ala buletin utama cenel SBS, SBS’s 8 O’Clock News pada sekitar jam 8 pm semalam. Jun Joon Young dikatakan telah merakam video klip seks ‘kinky’ bersama mangsa (disyaki pelacur) tanpa kerelaan mereka dan kemudiannya berkongsi video berkenaan di laman mesej Kakaotalk.

Jung Joon Yeong sebagai artis Korea yang melanggan pelacur dari Seungri, dan berkongsi video seksnya.

Dalam satu keratan mesej yang didedahkan, Jung Joon Young memberitahu rakannya, Encik Kim bahawa dia sedang melakukan seks. Kemudian, Encik Kim membalas , “Kamu punyai video?”. Tanpa segan silu, Jung Joon Young segera berkongsi video seks yang berdurasi 3 saat itu. Jung Joon Young turut melahirkan rasa kepuasannya kerana dapat merakamkan video berkenaan yang dirahsiakan daripada pengetahuan mangsa. Dalam masa yang sama, Jung Joon Young turut berkongsi videonya sedang intim dan memeluk erat seorang pelayan kelab malam.

Kedua-dua, Jung Joon Young dan Seungri diketahui mempunyai hubungan erat. Mereka dilihat bersama dalam program realiti tv tvN “Salty’s Tour’ pada tahun lepas dan bergurau tentang cara bagaimana wanita menghampiri mereka.

Agensi yang mewakili Jung Joon Yoong memaklumkan bahawa beliau belum mengesahkan atau menafikan laporan berkenaan. “Jun Joon Young sedang sibuk menjalani penggambaran di Amerika Syarikat. Kami akan dapatkan kenyataan beliau sebaik saja beliau mendarat ke Korea nanti.”

Sebaik saja Jun Joon Young mendarat ke Korea, beliau menuju ke sidang media bagi membuat pengakuan dan permohonan maaf secara terbuka.

3. Choi Jong Hoon (FT Island)

Choi Jong Hoon mempunyai hubungan perniagaan dengan Seungri apabila membuka salah satu restoren francais ‘Ramen Store’ yang berpengkalan di Korea dengan menggunakan Seungri sebagai orang tengah. Jadi, ia tak mustahil apabila sebilangan netizen mendakwa Choi Joong Hoon ialah Encik Choi dalam keratan bergambar yang dilaporkan berita SBS’s 8 O’Clock News.

SBS’s 8 O’Clock News turut melaporkan selain Jun Joon Young, Encik Choi juga berkongsi video klip seks bersama mangsa tanpa kerelaan mereka. Bagaimanapun, agensi beliau FNC Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan pembabitan beliau dan memaklumkan bahawa Choi Joon Hoon hanya membantu siasatan polis berkenaan pertuduhan tersebut. Baca lanjut di Soompi.

4. Yong JunHyung (Highlight/BEAST)

Yong JunHyung yang didakwa sebagai ‘Penyanyi Yong’ di dalam laman mesej KakaoTalk tersebut telah menafikan secara sekeras-kerasnya penglibatannya menerusi agensi Around US yang turut menguruskan kumpulan kpop, Highlight.

SBS “8 O’Clock News” telah menamakan ‘Penyanyi Yong’ ialah orang yang berinteraksi dengan Jung Joon Young pada tahun 2016. Jung Joon Young dilaporkan mengalami kesukaran hidup disebabkan masalah peribadi lalu beliau ditanya oleh Yong Junhyung tentang permasalahan tersebut.

“Saya telah kantoi ambil video dan berkongsi di laman sosial,” kata Jung Joon Young.

“Kamu maksudkan kamu kantoi dek perempuan itukah?,” tanya ‘Penyanyi Yong’.

“Ya..Ah, kalau dia dapat tangkap saya lah. Saya boleh saja berpura-pura mencintainya sewaktu main (melakukan seks).”

Agensi Around US menyangkal dakwaan Yong Junhyung pernah berkomunikasi dengan Jung Joon Young tetapi tak menafikan bahawa penyanyi tersebut merupakan kawan kepada Yong Junhyung. Kenyataan penuh tentang penafian Yong Junhyung boleh dibaca di sini : Soompi

https://www.instagram.com/p/Bu3xIY5ljsF/

5. Lee Hong Ki (FT Island)

Menurut laporan electimes dan golftimes, pengguna akaun ‘Penyanyi OO’ ialah di antara milik Yong Junhyung ataupun Lee Hong Ki. Walaubagaimanapun, tidak seperti rakan sekumpulannya, Choi Jong Hoon yang masih berdiam diri lagi, Lee Hong Ki berinteraksi bersama peminatnya menerusi “Kakao Talk Opening Lounge”  – “Lonely Lee, Hong Ki” , seterusnya mengurangkan kegusaran peminatnya.

Lee hong Ki berkata, “Saya bangun, dan tidur semula. Jangan bimbang.”

Terkini, wartawan Kang Kyung Yoon dari SBS Fun E, yang mengeluarkan artikel berkaitan ruang sembang, telah memastikan bahawa Lee Hong Ki bukanlah penyanyi Lee yang hangat diperkatakan dan menyatakan ‘Lee’ tersebut dari kumpulan lain. Baca selanjutnya di Soompi.

6. Zico (Block B)

Zico bergambar bersama Jung Joon Young.

Jung Joon Young dan Zico mempunyai hubungan yang rapat sebagai kawan, maka ianya tak mustahil namanya turut tersenarai sama sebagai pemilik akaun dalam mesej KakaoTalk tersebut.

Rentetan daripada isu mengenai hubungannya dengan Jung Joon Young yang tengah menular semalam, netizen cuba menyelongkar beberapa program menyaksikan gandingan mereka bersama. Dalam satu episod MBC ‘Radio Star’ disiarkan pada tahun 2017, Zico berasa pelik dengan tabiat Jung Joon Young yang sentiasa mengelakkan telefon pintar kepunyaannya yang di namakan sebagai ‘Golden phone’ itu daripada dibaca oleh orang lain. Zico memaklumkan bahawa telefon pintar itu tersimpan rapi mesej-mesej KakaoTalk yang merupakan koleksi peribadinya. Ia hanya digunakan untuk kecemasan, katanya dalam program realiti itu yang turut dihadiri oleh Jung Joon Young.

https://m.youtube.com/watch?v=N88DN6T5l3g

Sebilangan netizen berasa meluat dengan pendedahan dibuat oleh Zico di dalam program itu kerana Zico seakan-akan melepas tangan tanpa memaklumkannya pada pihak berkuasa, mungkin atas alasan privasi Jun Joon Young.

7. Roy Kim

Begitu juga Zico, Roy Kim dan Jung Joon Young merupakan rakan baik. Mereka pernah berkali-kali muncul bersama dalam program realiti tv termasuklah Celeb Bros pada dua tahun lepas.

https://www.youtube.com/watch?v=uFUB4SoipVk

Melalui Jun Joon Young, Roy Kim mengenali Seungri. Sewaktu Seungri mengadakan konsert solonya pada Februari lalu meskipun berhadapan dengan kontroversi kelab ‘Burning Sun’ jagaannya, Roy Kim menghantar surat menyatakan bahawa dia tak dapat hadir ke konsert penyanyi tersebut.

Jun Joon Young dilihat bergambar bersama Seungri, Choi Jong Hoon (FT Island) dan Roy Kim.

Netizen masih menunggu jawapan daripada pihak Roy Kim yang masih sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang ijazah sosiologi di Georgetown University, Amerika Syarikat.

8. Lee Jong Hyun (CN Blue)

Lee Jong Hyun dari kumpulan CN Blue disyaki “Lee” dalam ruang sembang kumpulan tersebut setelah Lee Hong Ki dipercayai tidak terlibat dalam kes ini. Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh agensi FNC, kedua-dua Lee Jong Hyun dan Choi Jong Hoon hanyalah berkawan biasa dengan suspek kes.

Lee Jong Hyun terus dijadikan suspek apabila pada 14 Mac 2019, SBS ‘O’ Clock’ News menamakan Lee Jong Hyun sebagai salah seorang yang merakam dan berkongsi video seks dengan mangsa sesama pengguna ‘chatroom’ tersebut. Atas pendedahan itu, Lee Jonghyun akhirnya mengaku melakukannya.

9. Kwon Huk Jun (abang Kwon Yuri SNSD)

 

Kwon Huk Jun, abang kepada Yuri SNSD dikaitkan dengan Jung Joon Young kerana merupakan dia merupakan kenalan rapat Jung Joon Young. Sebilangan netizen menganggap ‘penyanyi G’ dalam laman ‘chatroom’ itu tersebut ialah Kwon Huk Jun. Jung Joon Young dan Kwon Huk Jun pernah muncul bersama-sama di dalam satu program realiti MBC I Live Alone’, memperkenalkan dirinya sebagai sahabat kepada Jung Joon Young.

Walaubagaimanapun, Kwon Huk Jun menafikan penglibatannya secara sekeras-kerasnya di laman sosial instagram nya menerusi balasan komen dibuat kepada seorang netizen sambil memaklumkan dia tak bersalah dan tak tahu-menahu tentang dakwaan yang bertebaran di media.

10. CEO Yoo (Suami Park Han Byul)

CEO Yoo telah dinamakan oleh SBS Fun E sebagai salah seorang suspek yang berkomunikasi dengan Seungri untuk mendapatkan pelacur bagi memenuhi permintaan ‘client’ mereka dari negara luar. Encik Yu dimaksudkan dalam keratan mesej itu ialah CEO Yoo, yakni suami kepada pelakon Park Han Byul.

 

11. Kang Daniel

Kang Daniel, bekas ahli Wanna One ini, tak dinamakan sebagai tujuh orang yang tersenarai tersebut. Beliau dikaitkan dengan Seungri kerana hartawan wanita yang melabur di dalam ‘Burning Sun’ itu, yakni berasal dari Taiwan ialah wanita yang sama melabur untuk Kang Daniel tetapi berasal dari Hong Kong.

Peguam yang menguruskan kes perbalahan Kang Daniel dengan agensinya LH , Seon Jong Moon, berkata, “Tidak betul sama sekali. Dia tak menemui Seungri secara senyap-senyap, dan tak pernah pun ke kelab Burning Sun seperti didakwa.”

“Hanya ada dua konsert Wanna One, di mana Seungri hanya hadirinya sebagai artis senior, ” tambahnya lagi.

Tak dapat disimpulkan bagaimana desas-desus mengenai Kang Daniel melanggan pelacur daripada Seungri boleh tersebar. Peguam kepada Kang Daniel juga menerusi Section TV MBC menegaskan “Berita yang dilaporkan berkaitan Kang Daniel tidak benar sama sekali. Beliau tidak pernah berjumpa secara berduaan dengan Seungri dan tidak pernah menjejakkan kaki ke kelab Burning Sun.”

Sumber: ytn (Seungri) , tv report (Jun Joon Young) , electimes (Choi Jong Hoon & Lee Hong Ki) , OSEN (Yon Jun Young) , golftimes (Lee Hong Ki) , electimes (Roy Kim) , newsinside (Kang Daniel) , tvdaily (Kwon Hyuk Jung)

 ,

loading...