Foto Kim Yohan X1 berkaca mata bulat sekali lagi yang dikongsikannya ketika bersenam, undang kegilaan netizen

Kim Yo Han yang berkongsi gambar swafoto-nya yang sedang bersenam dan berkaca mata bulat di laman twitter X1, telah mengundang reaksi pelbagai daripada netizen yang rata-ratanya menantikan gambar tersebut sejak sekian lama.

Gambar tersebut yang dikongsikan pada 25 September 2019 telah tular sejak semalam. Hal ini terjadi barangkali kerana ia dikatakan lebih mirip dengan penampilan asal Kim Yo Han sebelum dia menceburi pertandingan Produce X 101, yakni berkaca mata bulat selain rambutnya yang dibiarkan menutup dahi. Swafoto berikut ditulis dengan kapsyen berbunyi, “Menang lagi. Kami lakukan dengan baik hari ini. Saya habiskannya dengan bersenam.”

Kim Yo Han baru saja pulang daripada membuat persembahan di K-CON Festival di Thailand semalam. Sebagai ahli terpenting X1, Kim Yo Han diarahkan untuk berehat sebentar daripada menjalankan aktiviti-aktiviti berat selepas mengalami kecederaan tempoh hari sehingga mendorongnya hanya duduk saja ketika rakan-rakan X1 lain aktif menari di atas pentas. X1 sedang giat mempromosikan album sulung mereka, Emergency : Quantum Leap dengan lagu “Flash” sebagai single utama. Album Emergency : Quantum Leap berjaya menjuarai carta album Gaon selama tiga minggu sebelum diambilalih oleh Seventeen menerusi album ‘an Ode’ mereka.

Sumber: Star news

loading...