[Gempar] Seungri Big Bang mahu bersara dari dunia hiburan

Kerana tak tahan lagi dikecam sana sini atas kontroversi buruk mengenai dirinya, Seungri Big Bang membuat pengumuman mengejutkan bahawa beliau mungkin akan bersara dari dunia hiburan.

Tindakan ini diambil selepas meletakkan kapsyen panjang lebar di laman sosial instagramnya tadi. Ia rentetan daripada portal berita yang membuat spekulasi tentang rakan-rakan subahat Seungri dalam tuduhan beliau terlibat dalam ‘broker’ pelacuran, atau sebagai agen bapa ayam serta petisyen dibuat peminat Big Bang Korea, VIP semalam. Nama-nama selebriti seperti Roy Kim , Kang Daniel dan Jun Joon Young turut tersenarai.

Ini Seungri.

Pada masa ini, saya berasa lebih baik jika boleh bersara dari dunia hiburan. Saya memutuskan untuk bersara setelah isu-isu ini telah menyebabkan perdebatan sosial berpanjangan. Saya bersedia untuk disoal-siasat dengan gigih supaya dapat memulihkan balik syak wasangka terhadap diri saya.

Disebabkan saya dikecam bertalu-talu sepanjang sebulan setengah ini dengan , saya telah disempitkan dalam keadaan di mana saya ialah pengkhianat negara ini. Saya tak boleh lagi bertolerasi dalam cubaan menyakitkan hati orang lain kerana mahu menyelamatkan diri saya.

Saya berterima kasih kepada semua peminat di luar sana yang tak putus-putus memberikan kasih sayang sepanjang sepuluh tahun saya berasa di dalam industri. Maka, saya perlu berhenti di sini demi mempertahankan maruah YG dan Big Bang.

Mohon maaf sekali lagi.

Saya menghargai sokongan kalian sehingga kini.

Buat masa ini, agensi hiburan mewakili Seungri, YG belum membuat apa-apa kenyataan balas terhadap keputusan diambil oleh Seungri ini. Sekiranya Seungri bersara, maka Big Bang hanya berbaki empat orang ahli saja iaitu G-Dragon (Kwon Ji Yong) , Daesung, TOP (Choi Seung Yeun) dan Taeyang.

View this post on Instagram

승리입니다 제가 이시점에서 연예계를 은퇴를하는것이 좋을거같습니다. 사회적 물의를 일으킨 사안이 너무나 커 연예계 은퇴를 결심했습니다 수사중인 사안에 있어서는 성실하게 조사를 받아 쌓인 모든 의혹을 밝히도록 하겠습니다. 지난 한달반동안 국민들로부터 질타받고 미움받고 지금 국내 모든 수사기관들이 저를 조사하고 있는 상황에서 국민역적 으로까지 몰리는 상황인데 저 하나 살자고 주변 모두에게 피해주는일은 도저히 제스스로가 용납이 안됩니다 지난 10여 년간 많은 사랑을 베풀어준 국내외 많은 팬분들께 모든 진심을 다해 감사드리며 와이지와 빅뱅 명예를 위해서라도 저는 여기까지인거같습니다 다시한번 죄송하고 또 죄송합니다 그동안 모든분들께 감사했습니다

A post shared by @ seungriseyo on

Sumber: Instagram Seungri, qoo

loading...