Akhirnya tiba giliran pelakon Lee Jong Suk untuk berkhidmat untuk negara. Aktor berkenaan dilaporkan akan memulakan khidmat tenteranya pada 8 Mac depan sebagai ejen perkhidmatan awam.
Penggambaran drama terbaru Lee Jong Suk dan kini bersiaran dirangkaian tvN “Romance is a Bonus Book” akan berakhir pada 27 Februari ini. Jadi, ia bermaksud Lee Jong Suk mempunyai masa lebih kurang seminggu untuk membuat sebarang persiapan sebelum memasuki khidmat tenteranya.
Lee Jong Suk, yang sebelum ini pernah terlibat dalam sebuah kemalangan kereta semasa beliau disekolah menengah sehingga mengalami kecederaan ligamen atau ACL (anterior cruciate ligament). Oleh yang demikian, atas faktor berkenaan Lee Jong Suk dianggap tidak sesuai untuk berkhidmat sebagai askar aktif. Beliau akan ditugaskan ke lokasi tugasan oleh Pentadbiran Tenaga Ketenteraan, di mana Jong Suk akan ditugaskan sebagai sebagai ejen perkhidmatan awam.
Berita mengenai khidmat tentera ini turut dikongsi oleh agensi Lee Jong Suk A-Man Project menerusi laman instagramnya. Lee Jong Suk akan menamatkan khidmat tentera pada 2 Januari 2021.
Pada peminat Lee Jong Suk, jangan lupa untul saksikan drama terbarunya “Romance is a Bonus Book” dirangkaian tvN setiap Sabtu dan Ahad pada jam 9.00 malam.
Drama ini akan menyaksikan beliau bergandingan dengan idola dan juga pernah dinamakan sebagai wanita ideal beliau iaitu Lee Na Young.
Apapun, semoga baik-baik sahaja buat Lee Jong Suk.