Lee Jong Suk akhirnya jalani khidmat tentera Mac ini

Akhirnya tiba giliran pelakon Lee Jong Suk untuk berkhidmat untuk negara. Aktor berkenaan dilaporkan akan memulakan khidmat tenteranya pada 8 Mac depan sebagai ejen perkhidmatan awam.

Penggambaran drama terbaru Lee Jong Suk dan kini bersiaran dirangkaian tvN “Romance is a Bonus Book” akan berakhir pada 27 Februari ini. Jadi, ia bermaksud Lee Jong Suk mempunyai masa lebih kurang seminggu untuk membuat sebarang persiapan sebelum memasuki khidmat tenteranya.

Lee Jong Suk, yang sebelum ini pernah terlibat dalam sebuah kemalangan kereta semasa beliau disekolah menengah sehingga mengalami kecederaan ligamen atau ACL (anterior cruciate ligament). Oleh yang demikian, atas faktor berkenaan Lee Jong Suk dianggap tidak sesuai untuk berkhidmat sebagai askar aktif. Beliau akan ditugaskan ke lokasi tugasan oleh Pentadbiran Tenaga Ketenteraan, di mana Jong Suk akan ditugaskan sebagai sebagai ejen perkhidmatan awam.

Berita mengenai khidmat tentera ini turut dikongsi oleh agensi Lee Jong Suk A-Man Project menerusi laman instagramnya. Lee Jong Suk akan menamatkan khidmat tentera pada 2 Januari 2021.

View this post on Instagram

[공식] 안녕하세요. 에이맨 프로젝트입니다. 이종석 배우가 팬분들의 성원에 힘입어 tvN ‘로맨스는 별책부록’ 촬영을 내일(27일) 종료하게 됐습니다. 드라마를 마무리한 종석 배우는 오는 3월 8일부터 대체 복무를 시작하게 될 예정입니다. 배정된 근무 기관에 피해를 입히지 않고자 하는 배우의 의사에 따라 당일 별도의 행사는 진행하지 않을 계획입니다. 군복무를 시작하는 배우에게 응원을 전하고픈 팬분들의 따뜻한 마음만 받도록 하겠습니다. 종석 배우는 향후 약 2년간 건강하고 성실하게 병역의 의무를 다할 것입니다. 감사합니다. . . [Notice] Hello. This is A-man Project. Actor Lee Jong-suk has completed filming tvN drama 'Romance is a suppliment’. Jong-suk starts his alternative service as a social service personnel on March 8. No separate events will be held on that day. Because, he doesn't want other people to cause inconvenience. He will only receive warm hearts from fans. Jong-suk will perform their military duties in good health and sincerity for the next two years. Thank you.

A post shared by A-man project (@amanproject2018) on

 

Pada peminat Lee Jong Suk, jangan lupa untul saksikan drama terbarunya “Romance is a Bonus Book” dirangkaian tvN setiap Sabtu dan Ahad pada jam 9.00 malam.

Drama ini akan menyaksikan beliau bergandingan dengan idola dan juga pernah dinamakan sebagai wanita ideal beliau iaitu Lee Na Young.

Apapun, semoga baik-baik sahaja buat Lee Jong Suk.

Sumber : isplus | News

 

loading...