Lagak Hael yang begitu macho memayungi Dayang seperti Gong Yoo di dalam drama ‘Goblin’

Anugerah Juara Lagu (AJL) yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam telah pun selesai dengan karya ‘Haram’ dendangan duet antara Hael Hussaini dan Dayang Nurfaizah telah diangkat sebagai pemenang utama keseluruhan. Tapi yang menjadikan persembahan lagu ini unik dan menarik semalam adalah kerana inisiatif diambil penyanyi duo ini untuk mengadaptasikan konsep persembahan di bawah rimbunan hujan renyai-renyai sambil payung berwarna hitam dinaikkan sebagai lindungan. Kelihatan Hael Husaini dengan penuh beremosi menyanyikan lagu ‘Haram’  bersama Dayang Nurfaizah yang mengimbangi lantunan suaranya di hadapannya.

Konsep sedemikian seperti mengingatkan netizen pada drama popular pada tahun lepas, tvN Goblin di mana pelakon Gong Yoo sebagai makhluk ‘Goblin’ yang melintasi bakal pengantinnya, Eun Tak yang dilakonkan oleh Kim Go Eun sambil memegang payung berwarna hitam dengan hujan renyai-renyai turun membasahi bumi. Rata-rata netizen di Malaysia yang menonton drama tersebut memuatnaikkan status itu di laman sosial masing-masing.

Drama tvN Goblin telah meraih kemenangan dalam kategori Best Director (“Lee Eung Bok”) , Best Actor (“Gong Yoo”) , Best Supporting Actor (“Lee Dong Wook”), Best Album Production dan Song of The Year (“Ailee – I Will Go To You Like The First Snow”) ketika diumumkan dalam 6th CARI Kdrama Awards pada tahun lepas.

Sumber : Harian Metro

loading...