Song Kang & So Hee Bagaikan Watak Hidup Di dalam “Nevertheless”

Drama yang diangkat dari webtoon popular di dalam NEVER channel telah pun menemui penonton pada 19 Jun 2021 lepas.

Pada minggu lepas, telah diadakan sidang media bersama pelakon “Nevertheless”. Kedua mereka, Song Kang dan So Hee tampak begitu cantik dan tampan pada hari tersebut. Berikut merupakan perkongsian daripada pengarah serta pelakon utama berkenaan drama ini.

Selain webtoon ini sangat popular, PD Kim Ga-Ram juga tertarik kerana drama ini berlainan dari drama romantik fantasi sedia ada. Ianya banyak menjuruskan kepada kehidupan realiti seharian.

Untuk drama ini, Song Kang dan Han Soo-Hee adalah pelakon yang pertama muncul di dalam benak PD Kim kerana baginya lukisan kartun tersebut begitu menyerupai kedua pelakon ini.

Untuk pengetahuan semua, Han Soo-Hee memang mempunyai bakat didalam seni. Oleh itu, kalau anda melihat hasil seni dipaparkan didalam bilik Na-bi dan di dalam kelas, kesemuanya adalah hasil asli dari tangan Han Soo-Hee sendiri.

Manakala Song Kang pula demi menjiwai watak Jae-Eon, dia telah melakukan diet drastik dengan menurunkan berat badan sebanyak 5KG sehingga membuatkan PD Kim agak risau berikutan komitmen 100% yang diberikan Song Kang. Selain itu juga, kerana Jae-Eon merupakan pelajar jurusan seni dalam pembuatan besi dan kaca telah membuatkan Song Kang jatuh cinta dan akan meneruskannya sebagai hobi walaupun drama ini telah tamat nanti.

Akhir sekali, drama ini diberikan rating 19+ disebabkan terdapat babak yang menunjukkan hubungan intim dan kemesraan di antara mereka berdua.

Drama 10 episod ini menayangkan satu episod saja setiap minggu. Ia akan bersiaran pada setiap Sabtu, jam 12AM (MYT) melalui channel Netflix dan menurut PD Kim, drama ini banyak melihat perjalanan kehidupan dari kaca mata mahasiswa/mahasiswi yang pastinya berkisar tentang perasaan percintaan, patah hati, persahabatan dan arah tuju karier.

Oh, ya. Untuk makluman semua, Na-bi bermaksud rama-rama.

Seperti kata Jae-Eon ‘I like butterflies the most’.

#nevertheless #알고있지만 #HanSoHee #YooNaBi #SongKang #ParkJaeEon #JaeEon #NaBi #나비 #butterflies #Netflix #netflixmy #netflixkr #wearemakerlab #kmaniamedia #kmaniamy #kdrama2021

loading...