Eric Moon dengan 35 alahan & 52 fobia cuba memikat hati Go Jung Hee di dalam KBS Perfume ?

Agak kedengaran pelik dengan gambaran watak yang bakal dipegang oleh Eric Moon, penyanyi kumpulan Shinhwa bergelar pelakon ini. Setelah tiga tahun tidak berlakon (kali terakhir menerusi tvN Another Oh Hae Young)  kerana sibuk mendirikan rumah tangga bersama Na Hye Mi, Eric Moon dikatakan sedang menimbangkan tawaran lakonan untuk drama terbaru yang bakal diterbitkan di KBS.

Drama yang agak bergenre fantasi ini berkisarkan tentang sebuah pewangi ajaib yang boleh mengembalikan keremajaan kepada pemakainya. Eric Moon akan menjadi pereka fesyen yang sangat hebat dan teragung di kalangan penggerak dunia fesyen tapi mempunyai personaliti yang agak buruk di mata orang. Beliau dikatakan mengalami 35 alahan, dan juga memiliki 52 fobia yang tak boleh dielakkan. Akibatnya, beliau tak berani berhadapan dengan wanita yang boleh dianggap sebagai teman wanitanya.

Go Jung Hee pula akan menjadi suri hati Eric Moon di dalam drama ini, menjadi model sambilan yang direkruit secara tak sengaja oleh Eric Moon sewaktu dia  menyertai ‘catwalk’ di dalam program fesyen dianjurkan oleh syarikatnya. Watak Go Jung Hee ini asalnya merupakan seorang suri rumah yang telah menyerahkan hidupnya pada keluarganya sebelum dia menyesal dan menggunakan pewangi ajaib itu untuk tujuan tersebut. Eric Moon akan cuba memikat hati Go Jung Hee yang menjadi cantik tiba-tiba walaupun terpaksa menyembunyikan permasalahan yang dihadapinya.

KBS Perfume yang belum mendapat pengarah dan didedahkan nama penulis skrip ini akan ditayangkan pada bulan Jun 2019.

Sumber: sport chosun

loading...