“Berapa umur dia sampai jadi begini?” – Netizen terkejut akan rupa Takuya Kimura sekarang

 

Pelakon Jepun, Takuya Kimura tiba-tiba menjadi subjek perbualan netizen di ruang media sosial apabila foto Kimura Takuya sewaktu dia muncul di tv Japan baru-baru ini telah dimuatnaik oleh netizen dan membandingkan wajahnya sewaktu muda belasan tahun dahulu.

Kata mereka, perubahan rupa Takuya Kimura itu berlaku secara mendadak,sehinggakan wajah jambunya sekian masa dahulu sudah tidak kelihatan lagi. Ada antara mereka yang terkejut itu sempat  bertanya, ” Berapa umur kamu sampai jadi begini? ” lantas mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan peminatnya. Pada tahun 2019 ini, Takuya Kimura berusia 47 tahun, sedikit lagi akan mencecah 50-an.

 

Turut terkena tempias itu ialah pelakon Won Bin (suami kepada Lee Na Young) yang dikatakan memiliki rupa seakan-akan Takuya Kimura. Wajah kedua-dua mereka juga telah dibandingkan oleh netizen menyaksikan mereka salin tak tumpah walaupun kedua-duanya melalui proses penuaan yang agak kritikal. Won Bin baru berusia 42 tahun.

Takuya Kimura sememangnya dikenali di rantau Asia kerana membintangi beberapa drama Jepun yang popular. Antaranya termasuklah Hundred Million Stars From Sky yang diadaptasikan ke dalam drama korea, “Smile That Has Left Your Eyes” lakonan Seo In Guk.

Sumber: Naver