Top 5 Anugerah Cari Kdrama Ke-7 : Fenomena ‘Mr Sunshine’ & drama kabel kuasai pencalonan TERBAIK & POPULAR

Menjadi aktiviti tahunan kami, kini CariKdrama Awards memasuki tahun ke 7. Namun kali ini, kami cuba menampilkan suatu keistimewaan untuk menganjurkan majlis ini secara langsung.

Seperti tahun lalu, drama-drama keluaran cenel kabel seperti tvN masih terus gah memonopoli pencalonan hampir semua kategori. Sesuatu nak mengejutkan, namun bagi  kami ini suatu cabaran yang perlu disahut oleh cenel-cenel awam untuk mengeluarkan drama-drama yang lebih berkualiti.

Mr. Sunshine bolot hampir semua pencalonan TERBAIK diikuti rapat Prison Playbook dan My Mister

Mr Sunshine” juga telah diangkat sebagai Drama of The Year di 6th APAN Star Awards.

Agak menarik bila berbicara mengenai drama “Mr. Sunshine” keluaran tvN ini. Drama nukilan Kim Eun Sook ini bertemakan sejarah mengenai perjuangan mempertahankan negara dengan suntikan unsur-unsur romantik. Ia juga mengutarakan persoalan di mana watak-wataknya meletakkan kesetiaan mereka, adakah pada tanah tempat tumpah darah yang hanya memberikan memori pahit atau pada negara yang memberi mereka perlindungan untuk terus bernafas di muka bumi ini. Dengan tunggak utamanya pelakon senior Lee Byung Hyun dan digandingkan dengan pendatang baru iaitu Kim Tae Ri, ternyata drama ini mendapat perhatian penonton dan mampu memberikan saingan hebat kepada calon-calon lain yang bertanding. Bahkan drama ini telah meletakkan mereka dicalonkan dalam kategori Drama of The Year, Best Director, Best Screenplay, Best Cinematography, Best Album Production, Song of The Year dan Best Ensemble Casts. Drama Mr Sunshine juga turut merangkul pencalonan kategori Best Actor (Lee Byung Hun), Best Actress (Kim Tae Ri), Best Supporting Actor (Yoo Yoon Suk) dan Best Supporting Actress (Kim Min Jung) selain tercalon sebanyak empat pencalonan bagi kategori POPULAR (Rujuk perenggan di bawah).

Tidak dilupa drama “Prison Playbook” yang berkisarkan tentang rona-rona kehidupan sekumpulan banduan di dalam penjara dan interaksi mereka dengan warden dan pengawal sekuriti. Drama ini telah mendapat lapan pencalonan bagi kategori terbaik. Antaranya Drama of The Year, Best Director, Best Screenplay, Best Album Production, Best Ensemble Casts, Best Actor (Park Hae Soo) dan Best Supporting Actor (Lee Kyung Hyung). Apa yang menarik, drama ini juga turut meraih Best Drama di 12th Korean Cable TV Awards.

Selain itu, “My Mister” arahan Kim Won Suk, pemenang dua kali Best Director CARI Kdrama Awards, juga tidak kurang hebat bakal memberi saingan sengit. Drama berkonsepkan “melodramatik”  dengan latar belakang sekeluarga yang hidup bagaikan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang ini dikritik antara drama terbaik tahun 2018 apabila meraih kemenangan ‘Best Drama’ di 2nd Seoul Awards. Drama ini juga turut merangkul pencalonan kategori Drama of The Year, Best Director, Best Screenplay, Best Cinematography,  Song of The Year dan Best Original Score, Best Actor (Lee Sung Kyun), Best Actress ( IU ) dan Best Supporting Actor (Park Ho San).

Drama “Mother” yang juga keluaran tvN juga wajar diberikan perhatian. Mother mengisahkan peranan seorang ibu yang sanggup berkorban demi memberikan sebaiknya untuk melindungi anak mereka. Drama yang pernah mendapat pencalonan Best Series di Cannes International TV Series sekaligus mewakili Asia ini juga turut memenangi Best Drama 54th Baeksang Awards serta Best Mini Series di Seoul International Drama Awards. “Mother” turut tercalon dalam kategori Drama of the Year, Best Screenplay, Best Ensemble Casts dan Best Supporting Actress melalui pelakon cilik Heo Yool.

Keempat-empat drama keluaran tvN ini ternyata bersaing sengit dan punya kekuatannya tersendiri untuk menang dalam setiap pencalonan mereka.

Apapun, jangan menidakkan kehebatan drama yang dilihat sebagai underrated “The Guest” keluaran OCN di mana drama ini mendapat pencalonan Drama of the Year dan Best Director. Drama mengisahkan tiga sahabat yang bergabung untuk menghapuskan kejahatan yang berunsurkan spritiual ini juga berjaya mencuri perhatian penonton serta pengundi.

Antara drama yang turut mengisi pencalonan Drama of the Year adalah drama berunsurkan medikal dan perhubungan diantara doktor, pesakit serta pengurusan hospital menerusi “Life”, gabungan empat penjenayah genius yang membanteras kejahatan menerusi “Player” , perjalanan kehidupan seorang wanita yang mengalami masalah perkahwinan dan dituduh suspek utama kes pembunuhan menerusi “Misty” dan perjalanan kehidupan anggota polis serta tugas mereka dari pelbagai pangkat menerusi “Live”.

Persaingan sengit merebut bagi setiap kategori yang tidak tertumpu kepada faktor populariti tetapi lebih kepada prestasi : Best Actor, Best Actress, Best Suppporting Actor dan Best Supporting Actress

Beralih pula kategori lakonan. Kali ini menampakkan variasi dari segi pencalonan para pelakon. Tidak semata bergantung kepada populariti, pencalonanan kali ini sememangnya memberikan persaingan sengit dek kehebatan masing-masing membawakan watak yang diberi.

Lakonan Cho Seung Woo (“Life”) tidak pernah mengecewakan dengan meninggalkan impresi serta aura yang kuat pada karakternya

Kita mulakan dengan kategori Best Actor. Cho Seung Woo mendahului senarai pencalonan menerusi drama “Life”. Peranannya sebagai seorang pengarah hospital yang tamak, gila kuasa dan menjadikan hospital suatu tempat untuk mengaut keuntungan sehingga mengabaikan nilai-nilai kemanusiaan meninggalkan impresi yang begitu meyakinkan sehingga dicalonkan dalam kategori ini. Mengikuti pencalonan Cho Seung Woo adalah Do Kyung Soo atau DO. Ini merupakah kali pertama beliau dicalonkan dalam kategori terbaik (Best Actir) dan pernah juga tercalon di 3rd CariKdrama Awards menerusi kategori Popular Rookie Actor. Nampaknya percubaan kali pertama berlakon drama era joseon di “100 Days of Husband” dengan membawakan watak Putera Mahkota yang berdedikasi dan bertukar menjadi orang kelas bawahan akibat hilang ingatan berjaya meletakkan DO dicalonkan dalam Best Actor. Calon berikutnya, Lee Byung Hun, aktor senior yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Kembali membintangi drama selepas sembilan tahun, membuktikan kecintaannya dalam bidang lakonan tidak perlu dipersoalkan lagi. Watak Eugene Choi (Mr.Sunshine) di bawakan dengan begitu cemerlang sehingga meninggalkan kesan pada kebanyakkan penonton. Lee Byung Hun boleh dikatakan pencabar sengit kategori ini bila beliau telah memenangi Best Actor di 2nd Seoul Awards dan Daesang di Asia Artists Awards 2018. Lee Sung Kyun dan Park Hae Soo juga antara calon yang tidak kurang hebatnya. Watak seorang anak, suami dan abang yang sanggup berkorban demi keluarganya dalam “My Mister” lakonan Lee Sung Kyun sangat natural serta menyentuh perasaan penonton kerana beliau sanggup memikul bebanan masalah sendirian tanpa mahu menyusahkan  yang lain. Park Hae Soo (Prison Playbook) pula membawakan watak Je Hyuk dengan sangat baik. Walau tanpa sebarang kata-kata, dia masih berjaya menyampaikan watak Je Hyuk dengan sangat baik.

Kim Nam Joo dijangkakan memberi saingan sengit dengan kekuatan karakter yang berjaya ditonjolkan

Bagi kategori Best Actress melihatkan Kim Nam Joo mendahului pencalonan selepas buat kemunculan semula dalam tempoh enam tahun. Wataknya dalam “Misty” sebagai wanita  yang mementingkan kerjaya dari keluarga sendiri sehingga suatu ketika didapati menjadi suspek utama pembunuhan sangat memukau serta penuh karisma sehinggakan beliau dinobatkan sebagai Best Actress ditiga anugerah yang berbeza iaitu di 54th Baeksang Awards, 2nd Seoul Awards dan terbaru 23rd Asian Television Awards. Mengikut rapat Kim Nam Joo adalah pasangan Lee Byung Hun dalam “Mr Sunshine”, Kim Tae Ri. Rasanya percaturan pertama beliau untuk membintangi drama itu adalah tepat. Kim Tae Ri berjaya menghidupkan watak Go Ae Shin, seorang pejuang kemerdekaan dengan begitu cemerlang tanpa memperlihatkan rasa kekok biarpun melibatkan penggunaan senjata api. Beliau juga telah dinobatkan sebagai Best New Actress di 6th APAN Star Awards dan mungkin bisa memberikan saingan kepada calon yang lain. Siapa sangka Lee Ji Eun atau IU juga memberikan impak yang besar dalam drama “My Mister” sehingga dicalonkan dalam kategori ini dan turut memenangi Top Excellence Award (Miniseries) di 6th APAN Star Awards. Membawakan watak seorang yang dingin dek mengalami banyak kepayahan hidup mendapat pujian dikalangan penonton sehinggakan penonton terlupa siapa IU yang sebenarnya. Watak sebagai Yun Sim Deok yang terpaksa berkorban kebahagian sendiri dan menempuh keperitan hidup untuk apa yang diinginkan lakonan Shin Hye Sun dalam drama “Hymn of Death” melayakkan beliau untuk sama-sama tercalon dalam kategori ini. Sesuatu yang agak mengejutkan kerana Shin Hye Sun turut membintangi drama Still 17 namun peranannya dalam drama pendek Hymn of Death berjaya mencuri tumpuan. Tidak dilupakan saingan dari Son Ye Jin yang juga kembali menghiasi drama dalam tempoh lima tahun turut beri saingan dalam Best Actress. Lakonannya dalam “Pretty Noona Who Buys me food” sangat  realistik sehinggakan Son Ye Jin memenangi Outstanding Korean Actress di 13th Seoul International Drama Awards. Nampaknya, kesemua calon Best Actress ini penuh variasi dan memberikan saingan sengit antara satu sama lain.

Keberkesanan watak Yoon Hee Jae telah melayakkan Heo Joon Ho memenangi Special Acting Award di 2nd Seoul Awards, PD Award dan Golden Acting Award di 2018 MBC Drama Awards sekaligus beri saingan sengit pada pencalon lain

Kita beralih pula ke kategori Best Supporting Actor. Nampaknya pencalonan Heo Joon Ho (“Come and Hug Me”) menepati pilihanpenonton kerana lakonannya yang menyerlah sebagai pembunuh psikopath bersiri yang tak sudah-sudah mendatangkan kesusahan kepada anaknya. Lee Kyu Hyung (Prison Playbook) juga tidak kurang hebat kerana wataknya  dikatakan sebagai pemeriah serta berjaya menghidupkan drama tersebut. Park Ho San pula berjaya menjiwai serta mempersembahkan wataknya  dalam “My Mister” dengan baik sekali. Ekpresi serta lakonan yang ditunjukkan Yoo Jae Myung dalam drama “Life” sangat berkesan hingga membuat beliau dinominasikan dalam kategori ini. Apapun, pretasi cemerlang lakonan  Yoo Yeon Suk dalam “Mr. Sunshine” boleh menggugat pesaing yang lain. Untuk rekod, Yoo Jae Myung dan Yoo Yeon Sook saja menunjukkan kecemerlangan apabila masing-masing memenangi anugerah Best Supporting Actor menerusi 6th APAN Drama Awards dan 2nd Seoul Awards.

Heo Yool dan Lee Hye Young berjaya mengekspresikan watak masing-masing dengan penuh jayanya. Antara anak yang mengharapkan kasih sayang seorang ibu dan seorang ibu yang menunjukkan kasih sayang terhadap anaknya dengan cara yang tersendiri

Kategori Best Supporting Actress menampakkan kelainan apabila pelakon cilik drama “Mother”, Heo Yool mendahului pencalonan yang terdiri daripada seniornya. Wataknya dalam drama tersebut sangat luar biasa, tidak kekok dan menyentuh perasaan biarpun Mother merupakan projek pertama beliau. Kecemerlangan lakonan Heo Yool telah beri hasil apabila memenangi Best New Actress di 54th Baeksang Art Awards. Persembahan Jang So Yeon sebagai seorang kakak yang sangat memahami dalam “Pretty Noona Who Buys Me Food” juga turut memberi saingan. Tetapi jangan dilupakan lakonan cekal pemilik rumah tumpangan Kim Min Jung di dalam “Mr.Sunshine”, pelakon senior Lee Hye Young menterjemahkan watak Young Shin dengan penuh karisma dalam “Mother” dan ketua jabatan wanita penuh mempesonakan  oleh Moon So Ri dalam “Life”,  telah berjaya menempatkan mereka dalam top 5 kategori ini sekaligus memberi saingan kepada pelakon cilik Heo Yool. Sebagai tambahan, Kim Min Jung dan Moon So Ri, masing-masing telah memenangi Best New Actress di  6th APAN Drama Awards dan Best Supporting Actress di 2nd Seoul Awards.

Kategori Popular Memperlihatkan Variasi Pencalonan

Jika dilihat Anugerah CariKdrama tahun lepas, kategori Popular didominasi ole drama “Goblin” dan “While You Were Sleeping”. Namun kali ini, situasinya agak berbeza kerana pencalonan yang diterima tidak tertumpu kepada satu-dua drama sahaja. Boleh dikatakan, penonton kini lebih terbuka untuk menonton pelbagai genre drama. Mungkin disebabkan kemudahan yang disediakan untuk menonton drama Korea terbaru kini mudah diakses jadi ia memudahkan untuk pengundi membuat pencalonan.  Tidak lagi fokus tertumpu kepada drama keluaran kabel, malah turut dihiasi pencalonan dari drama keluaran tv awam. Jadi, ia memberikan saingan yang sihat dalam setiap kategori yang dicalonkan.

Berikut merupakan nominasi penuh bagi kategori popular.

Favorite Drama:

  • [KBS] Lovely Horribly
  • [tvN] 100 Days My Prince
  • [tvN] Mr. Sunshine
  • [tvN] My Mister
  • [tvN] What’s Wrong With Secretary Kim

Favorite Lengthy Drama:

  • [KBS] Marry Me Now / Shall We Live Together
  • [KBS] My Only One
  • [MBC] Man Who Sets The Table
  • [SBS] I Am the Mother Too

Popular Actor

  • Do Kyung Soo – [tvN] 100 Days My Prince
  • Jung Hae In – [jtbc] Something In The Rain, [tvN] Prison Playbook
  • Lee Byung Hun – [tvN] Mr Sunshine
  • Park Seo Joon – [tvN] What’s Wrong With Secretary Kim
  • Seo Kang Joon – [KBS] Are You Human Too, [jtbc]The Third Charm

Popular Actress

  • Lee Ji Eun IU – [tvN] My Mister
  • Park Min Young – [tvN] What’s Wrong With Secretary Kim
  • Seo Hyun Jin – [jtbc] Beauty Inside
  • Son Ye Jin – [jtbc] Something In The Rain
  • Song Ji Hyo – [KBS] Lovely Horribly

Best Memorable Scene

View this post on Instagram

[2018 7th #carikdramaawards] . . Best Memorable Scene (Swipe to watch the nominations) ° ° [KBS] Lovely Horribly – Eul soon broke up with her  boyfriend ° ° [OCN] The Guest – Underwater Exorcism ° ° [SBS] Hymn of death – The drunken Kim Woo Jin express frustration over his father – Ending Episod 2 ° ° [tvN] Mr. Sunshine – The corpse of Eugene Kim was brought to Ae shin after she saw him being shot while protecting her from the Japanese troops inside the train ° ° [tvN] The Smile Has Left Your Eyes – Yoo Jin Gook cried heavily after seeing the dead bodies of his sister and her boyfriend #thesmilehasleftyoureyes #mrsunshine #hymnofdeath #theguest #lovelyhorribly #bestmemorablescene #7thcarikdramaawards #kdrama2018

A post shared by KMania (@kmania.my) on

  • [KBS] Lovely Horribly – Eul soon broke up with her boyfriend
  • [OCN] The Guest – Underwater Exorcism
  • [SBS] Hymn of death – The drunken Kim Woo Jin express frustration over his father – Ending Episod 2
  • [tvN] Mr. Sunshine – The corpse of Eugene Kim was brought to Ae shin after she saw him being shot
  • while protecting her from the Japanese troops inside the train.
  • [tvN] The Smile Has Left Your Eyes – Yoo Jin Gook cried heavily after seeing the dead bodies of his sister and her boyfriend

Couple of The Year

  • Do Kyung Soo & Nam Ji Hyun – [tvN] 100 Days My Prince
  • Jung Hae In & Son Ye Jin – [jtbc] Something In The Rain
  • Park Seo Joon & Park Min Young – [tvN] What’s Wrong With Secretary Kim
  • Park Shi Hoo & Song Ji Hyo – [KBS] Lovely Horribly
  • Yang Se Jong & Shin Hye Sun – [SBS] Still 17

Popular Ahjussi

  • Jung Woong In – [tvN] Prison Playbook
  • Kim Won Hae – [KBS] Ghost detective
  • Park Sung Woong – [tvN] The Smile Has Left Your Eyes / [OCN] The Life On Mars
  • Sung Dong Il – [tvN] Live / [tvN] Prison Playbook / [SBS] Your Honor
  • Yoo Jae Myung – [jtbc] Life / [tvN] The Smile Has Left Your Eyes

Popular Ahjumma

  • Kim Ji Soo – [SBS] Where The Stars Land
  • Kim Nam Joo – [jtbc] Misty
  • Lee Mi Sook – [SBS] Wok of Love/ [MBC] Money Flower
  • Ra Mi Ran – [KBS] Miracle That We Met
  • Ye Ji Won – [SBS] Shall We Kiss First / [SBS] Still 17

Popular Rookie Actor

  • Ahn Hyo Seop – [SBS] Still 17
  • Cha Eun Woo (Astro) – [jtbc] MY ID is Gangnam Beauty
  • Jang Ki Yong – [MBC] Come & Hug Me
  • Park Hae Soo – [tvN] Prison Playbook
  • Ro Woon (S9) – [SBS] Where The Stars Land / [tvN] About Time

Popular Rookie Actress

  • Kim Tae Ri – [tvN] Mr Sunshine
  • Won Jin Ah – [jtbc] Life / [jtbc] Just Between Lovers

Popular Child Actor

  • Choi Seung Hoon – [OCN] The Guest , [SBS] Switch: Change the World
  • Jung Ji Hoon – [tvN] 100 Days My Prince , [tvN] My Mister
  • Moon Woo Jin – [tvN] What’s Wrong With Secretary Kim , [jtbc] MY ID is Gangnam Beauty
  • Nam Da Reum – [MBC] Come & Hug Me , [SBS] Where The Stars Land
  • Yoon Chan Young – [SBS] Still 17

Popular Child Actress

  • Heo Jung Eun – [tvN] 100 Days My Prince
  • Heo Yool – [tvN] Mother
  • Ok Ye Rin – [MBC] Terius Behind Me

Best Kissing Scene

  • [jtbc] The Beauty Inside – Good Night Kissing
  • [KBS] Lovely Horribly – Lift kissing
  • [tvN] The Smile Has Left Your Eyes – Night Out kissing
  • [tvN] What’s Wrong With Secretary Kim – Engaged Kissing
  • [tvN] What’s Wrong With Secretary Kim – Naked-body kissing

Popular Villian

  • Bong Tae Gyu – [SBS] Return
  • Choi Yo Jin – [KBS] Lovely Horribly
  • Heo Joon Ho – [MBC] Come & Hug Me
  • Jasper Cho Tae Kwan – [MBC] Terius Behind Me
  • Shin Sung Rok – [SBS] Return

Worst Overrated Drama

  • [jtbc] MY ID is Gangnam Beauty
  • [KBS] Black Night
  • [KBS] Lovely Horribly
  • [KBS] Radio Romance
  • [tvN] What’s Wrong With Secretary Kim

Bromance / Sismance of The Year

  • [KBS] Suits – Kang Sook & Yeon Woo
  • [MBC] Terius Behind Me – Kim Bon & Yong Tae
  • [OCN] Life on Mars – Tae Joo & Dong Chol
  • [tvN] My Mister – Park Sang Hoon’s siblings
  • [tvN] Prison Playbook – Prison mates

Drama Poster’s Choices

  • [KBS] Lovely Horribly
  • [KBS] Are You Human Too?
  • [jtbc] Something In The Rain
  • [jtbc] MY ID is Gangnam Beauty
  • [MBC] Terius Behind Me

Trivia

1. Mr. Sunshine pulun 12 nominations utk kategori TERBAIK dan pulun semua acting categories kali pertama sejak 1st Cari Kdrama (Moon embraces the sun pun tercalon dlm semua 4 acting categories)

2. Silent killer: drama OCN “The Guest” tercalon dua kategori utama – Best Director dan Drama of The Year dan satu kategori popular – Best Memorable Scene.

3. Satu-satunya drama bukan kebel dan satu-satunya drama SBS, “Still 17” tercalon drama of the year dan Original Score.

4. “Something In The Rain” yang telah mendapat mixed reviews tahun ni tersangkut untuk kategori terbaik utama termasuklah Best Actress , Best Supporting Actress & Best Cinematography selain Popular Poster’s Choice , Couple of The Year, Popular Actor, Popular Actress.

5. Hakikat yang mungkin sukar untuk diterima, “Lovely Horribly” pulun hampir semua kategori Popular walaupun drama ini dapat review agak teruk selain ratings KBS plg rendah tahun ni.

Watak Kim Mo Young berjaya diekspresikan dengan baik sehingga meninggalkan kesan kepada penonton

6. “The Smile Has Left Your Eyes” gagal mendapat nominasi Best Actor menerusi lakonan Seo In Guk yang betul-betul-betul memukau, sesuatu yang menjadi ‘upset’ meskipun berjaya tercalon Best Cinematography, Best Kissing Scene, dan Best Memorable Scene. Seo In Guk pernah tercalon Best Actor pada 5th CARI Kdrama Awards lepas.

7. Sesetengah drama popular tahun 2018 gagal dapat nominasi dalam Drama of The Year, mahupun Favorite Drama seperti MBC “Terius Behind Me”, jtbc “My Gangnam Is Beauty”, jtbc “Beauty Inside”, SBS “Return” dan jtbc “Something In The Rain”

Lee Jong Suk dan Shin Hye Sun membawakan watak Kim Woo Jin & Yun Sim Deok dalam drama berkisarkan kisah benar ‘Hymn of Death’

8. Shin Hye Sun tercalon kategori Best Actress untuk drama SBS “Hymn of Death” dan bukannya SBS “Still 17” seperti yang diwar-warkan sebelum ini.

9. Lee Jong Suk gagal dapat nominasi Popular Actor buat pertama kali dalam sejarah penganjuran CARI Kdrama Awards sejak tahun 2013 tercalon berturut-turut dengan satu kemenangan pada 6th CARI Kdrama Awards.

10. Ra Miran dan Nam Dam Reum kekal menguasai pencalonan Popular Ahjumma dan Popular Child Actor lebih daripada dua kali berturut-turut. Mereka dijangka mengekalkan kemenangan yang telah diraih pada 6th CARI Kdrama Awards.

Ji Sung mahupun drama “Familiar Wife” tidak mendapat sebarang nominasi biarpun mendapat reaksi positif dari penonton

11. Ji Sung yang pernah memenangi Best Actor serta Popular Actor (2nd CARI Kdrama Awards & 4th CARI Kdrama Awards) juga tidak mendapat sebarang nominasi menerusi drama tvN “Familiar Wife”

Kesimpulannya, andalah yang telah memilih setiap calon yang bertanding bagi setiap kategori kerana anda mengetahui yang terbaik untuk anda. Oleh itu, anda juga yang akan menentukan pemenang menerusi undian yang bakal dibuat. Perlu diingatkan undian yang baik adalah berdasarkan prestasi keseluruhan sesebuah drama dan bukannya bergantung kepada para pelakon sahaja. Apapun, semuanya terserah kepada anda. Jika anda peminat K-drama sila laksanakan tanggungjawab untuk mengundi. Undian ini akan ditutup pada 31 Januari 2019.

UNDIAN ANUGERAH CARI KDRAMA KE-7 : https://kmania.info/7th-2017-carikdrama-awards/

loading...