Yang Sejong & Suzy digandingkan bersama untuk drama terbaru Netflix Lee Doona!

Yang Sejong dan Suzy telah ditawarkan berlakon untuk drama Netflix terbaru berjudul Lee Doona! . Kedua-duanya sedang meneliti tawaran tersebut secara positif.

Netflix Lee Doona!, yang diadaptasikan daripada webtoon bertajuk The Girl Downstairs, berkisarkan tentang kehidupan seorang bekas penyanyi idol yang memilih untuk tinggal di sebuah rumah perkongsian, yang lazimnya mempunyai beberapa buah bilik disewakan dan bilik mandi yang dikongsikan bersama.

Suzy akan memegang watak Lee Doona yang menyewa bilik yang terletak di bawah bilik lain yang disewa oleh pelajar kolej Lee Wonjun. Watak  Lee Wonjun ini dijangka bakal dilakonkan oleh Yang Sejong. Walaupun Lee Wonjun cuba mengelakkan diri daripada bertemu dengan Lee Doona, namun perasaan ingin tahu tentang kehidupan misteri Lee Doona menyebabkan Lee Wonjun semakin tertarik kepada Lee Doona.

Sekiranya kedua-duanya bersetuju, drama ini bakal menjadi drama pertama Suzy sejak kali terakhir membintangi tvN Start Up bersama Nam Joo Hyuk dan Kim Seon Ho pada dua tahun lalu, dan projek terbaru Yang Se Jong sejak menghabiskan khidmat ketenteraan pada akhir November 2021 lalu.

Sumber: xsportnews

loading...