Pemain badminton kacak, Lee Yong Dae dan aktress Byun Soo Mi bercerai akhirnya

Bekas pemain ‘double’ kebangsaan Korea, Lee Yong Dae sedang dalam proses untuk bercerai dengan isteri yang dikahwinnya sejak setahun lalu iaitu aktress Byun Soo Mi. Menurut laporan oleh sportal Korea, mereka cuba untuk menyelesaikan proses penceraian itu secara baik dengan kedua-dua pihak mendapat manfaat secukupnya.

Dikhabarkan satu-satunya anak kandung perempuan mereka, Lee Ye Bin, akan diletakkan di bawah jagaan Lee Yong Dae. Dalam satu kenyataan lain oleh pihak Yonex juga tak mahu mengulas lanjut mengenainya kerana perkara berkenaan adalah privasi mereka.

Lee Yong Dae di sisi anaknya.

Lee Yong Dae merupakan pemain  ‘mixed double’ Korea yang kedua memenangi pingat emas olimpik setelah bergandingan dengan Lee Hyo Jung pada Beijing 2008 sebelum mengumumkan persaraan sebagai pemain professional pada tahun 2016. Beliau mendirikan perkahwinan dengan pelakon Byun Soo Mi pada awal 10 April 2017. Dokumentari perkembangan dan perjalanan hidup anak mereka telah disiarkan menerusi program realiti tv KBS Pot Stand pada awal tahun ini.

Sumber: sport chosun

 

loading...