KMania Dipilih Sebagai Top 11 Bagi Program Wow! PyeongChang Malaysia Supporters (1st Half)

Bertempat di Hotel Concorde pada 22 Julai 2017 yang lalu, telah berlangsungnya Wow! PyeongChang Supporters Malaysia Gathering. Ini merupakan kali pertama team KMania hadir untuk event ini.  Wow! PyeongChang Malaysia Supporters ini bertujuan untuk mempromosikan Olimpik Musim Sejuk 2018 yang akan diadakan di PyeongChang, Korea Selatan bermula 9-25 Februari 2018. Malaysia merupakan negara  pertama yang mewujudkan program Wow!PyeongChang Supporter ini.

Jumlah keseluruhan peserta yang menyertai program ini adalah seramai 73 orang termasuk  Sabah dan Sarawak. Dan dari 73 peserta, team KMania telah dipilih sebagai Top 11 of Best Supporter for the 1st half (Mac-Jun 2017). Pemilihan ini berdasarkan kesungguhan peserta mempersembahkan artikel yang perlu ditulis dan bagaimana mereka mempromosikannya. Kejayaan ini tidak akan kami perolehi tanpa sokongan dari anda semua. Terima kasih dan teruskan menyokong team KMania.

Bagaimanapun, sekitar bulan November depan, pemilihan bagi 2nd half (Julai-Oktober) akan diadakan lagi. Team KMania akan terus bekerja kuat bagi mempertahankan takhta Best Supporters For Wow! PyeongChang Malaysia Supporter. Kami perlukan sokongan moral yang tidak berbelah bagi dari anda.

Sekitar Majlis Wow! PyeongChang Supporters Malaysia Gathering.

 

 

MascotFor PyeongChang 2018 Bandabi & Soohorang

Top 11 Best Supporters Wow! PyeongChang

 

Wow!PyeongChang Malaysia SupportersTeam

Sijil Penyertaan As Wow!PyeongChang Malaysia Supporter
loading...