Selepas MBLAQ, Rain akan perkenalkan anak didik yang baru

Selepas MBLAQ yang debut pada Oktober 2009, kini Rain sedang siap sedia untuk memperkenalkan anak didik yang terbaru.

Menurut satu sumber dalaman, Rain sememangnya kini sedang siap sedia untuk proses debut seorang artis solo lelaki. Sumber berkenaan turut menambah, “Rain juga giat menjalankan ujibakat di dalam dan luar Korea untuk mencari seseorang yang mempunyai semangat serta berbakat dalam bidang muzik. Beliau telah bertemu dengan beberapa wakil stesen penyiaran untuk beberapa kali mengenai perkara ini. “

Media juga dilaporkan bahawa Rain kini dalam proses membentuk sebuah kumpulan yang dianggotai oleh tujuh orang lelaki. Projek debut kumpulan ini adalah diperingkat global kerana keanggotaannya merangkumi dalam dan luar Korea. 

Sumber lain dalam industri muzik sempat berkongsi,  “Rain sebelum ini telah menunjukkan ciri-ciri sebagai seorang penerbit sedari zaman latihannya sebagai junior dalam bidang ini. Dengan kelahiran artis lelaki solo dan  sebuah kumpulan yang bakal bernaung di bawah Rain Company, secara rasminy,  Rain bergelar seorang penerbit. ”

Sebagai maklumbalas kepada berita itu, sumber dari Rain Company mengesahkan, “Benar, Rain merancang satu projek global untuk melancarkan artis solo lelaki dan sebuah kumpulan lelaki multinasional,” dan menambah, “Persiapan telah pun bermula lewat tahun lalu, dan kami sedang berada di tahap perancangan peringkat dalaman. ”

Agensi itu turut mendedahkan bahawa artis-artis baru naungan Rain Company akan diumumkan pada lewat 2019 atau 2020.

Jadi, nantikan perkembangan lanjut mengenainya.

Sumber : Naver
loading...