Yoon Hyun Min menjadi android untuk Ko Sung Hee menagih kasih di dalam Neflix I’m So Alone ?

Belum pun habis drama tvN Tale of Fairy ditayangkan, Yoon Hyun Min sedang menimbangkan tawaran drama terbaru yang bakal diterbitkan oleh cenel Netflix sendiri bersama dengan Ko Sung Hee.

Neflix I am So Alone (tajuk yang boleh diterima setakat ini) berkisarkan tentang seorang wanita yang suka hidup keseorangan. dan menjadikan robot ‘artifial intelligence’ sebaga tempatnya menagih kasih. Robot itu dinamakan sebagai Hollo.

Ko Sung Hee dikatakan akan memegang watak Hoon So Yepn, seorang yang agak mabuk kerja (‘workaholic’) dan sentiasa memastikan dirinya ke hadapan dalam industri seperti pelancaran jenama syarikat di kedai-kedai kecil. Tapi, Hoon So Yeon seorang sangat introvet, tak suka bergaul dengan orang lain sehinggakan majlis perkahwinan pun dia tak pernah hadiri.

Yoon Hyun Min pula sebagai mantan pemilik syarikah penyelidikan IT, seorang pakar genius dalam industri IT yang sengaja disembunyikan dari mata masyarakat. Hanya rakan terdekat dan adik-beradik saja tahu kewujudannya. Beliau dikatakan mengendalikan projek IT tersebut dengan idea dan tangannya sendiri.  Tapi, malang tak berbau, sewaktu sedang menggodam suatu projek besar, beliau terbunuh.

Neflix I am So Alone mendapatkan khidmat PD Lee Sang Yeop (“tvN Familiar Wife”,”MBC Shopping King Louis”) yang pernah mendapat pencalonan Best Director CARI Kdrama Awards, sebagai sutradaranya dan bakal ditulis oleh Ryoo Yong Jae (“tvN Pied Piper”,”tvN Liar Game”) yang dikenali dengan naskah bergenre suspens.

Sumber: IS Plus

loading...