Winner kembali untuk menggamit perasaan anda!

Kumpulan Winner bakal muncul dengan single terbaru pada 19.12.2018 ini.

Para peminat terutama peminat di Malaysia pasti tidak dapat melupakan kenangan bersama Winner saat menghadiri Winner  Everywhere Tour 2018 di Kuala Lumpur, Oktober lepas. Pasti ada yang mengharapkan Winner untuk kembali lagi ke Malaysia.

Namun janganlah gusar, kerana single terbaru mereka ini pastinya dapat mengubat kerinduan anda. Melihatkan kepada poster yang dikeluarkan, kesemua ahli Winner duduk bersama dalam suasana yang menyenangkan sambil melihat pada batang mancis yang dinyalakan masing-masing. Imej ini secara langsung meningkatkan rasa ingin tahu tentang lagu terbaru mereka. Apakah melodi dan lirik lagu yang akan diperdengarkan kepada para peminat.

CEO YG, Yang Hyun-suk, mengulas lagu baru kumpulan Winner dan menyatakan, “Ia sebuah lagu yang menyentuh perasaan. Saya ingin memberikan tahun yang paling gembira kepada Winner dan Inner Circle.”

Album ketiga Winner selepas  ‘2014 S / S’ dan ‘EVERYD4Y’, telahpun ditunda sejak Februari lepas ekoran siri jelajah konsert Everwhere Tour di luar negara yang kini telahpun berakhir. Ini dikatakan sebagai hadiah tahun baru buat Inner Circle yang menantikan lagu terbaru Winner.

Sebagai tambahan,  Winner mula debut pada tahun 2013 setelah muncul sebagai pemenang dalam sebuah program survival ‘WIN : Who Is Next’ dan Winner adalah salah satu kumpulan yang diperkanalkan YG selepas Big Bang dalam tempoh lapan tahun. pada 2013 selepas memenangi final. Khususnya, Pemenang adalah sekumpulan kanak-kanak lelaki yang YG Entertainment telah memperkenalkan sejak Big Bang dalam lapan tahun.

Warna warni WINNER selalu ke arah jiwa yang sentimental. Penghasilan muzik mereka yang unik dan penggunaan kreatif instrumen berjaya menarik perhatian ramai dengan album debut mereka ‘2014 S / S’. Bahkan muzik video mereka ‘REALLY REALLY’ telah mencapai 100 juata tontonan secara global. Ini membuktikan Winner juga ada pengaruhnya tersendiri dan kehadiran mereka  diterima baik oleh ramai orang. 

Jadi, kepada Inner Circle, jangan lupa nantikan kemunculan lagu terbaru Winner 19 Disember ini. Mungkin inilah hadiah terbaik untuk anda bagi penutup tahun 2018.

Sumber : Naver

loading...