Yang Se Jong dan Woo Do Hwan dilaporkan akan membintangi sebuah drama bertemakan sejarah buat pertama kalinya. Dilaporkan keduanya bersedia untuk mencabar diri masing-masing membintangi drama sejarah ini.
Kedua-dua mereka telah ditawarkan membintangi drama terbaru JTBC – “My Country”. Pada 11 Oktober lalu, agensi Yang Se Jong; Good People menyatakan, “Ya, Yang Se Jong telah ditawarkan watak utama dalam drama tersebut, tetapi ianya masih lagi dalam proses perbincangan”. Dan pada 13 Disember, agensi Woo Doo Hwan; KeyEast menyatakan pelakon tersebut masih lagi dalam proses perbincangan. Agensi terbabit turut menambah, “Woo Do Hwan secara positifnya sedang menimbang tawaran untuk membintangi ‘My Country.’”
“My Country” akan diarahkan oleh Kim Jin Won, yang pernah mengarahkan drama “Just Between Lovers” dan skripnya ditulis oleh Chae Seung Dae, yang sebelum ini menghasilkan skrip “Master: God of Mood.”
Drama ini menceritakan kisah tiga orang yang cuba melindungi cinta mereka dari dilanda badai. “My Country” dijangka akan disiarkan pada musim panas tahun 2019.
Sumber : Naver | Naver 2 | Naver 3