Drama tvN What’s Wrong With The Secretary Kim paling “trending” di Korea untuk tahun 2018

Google telah mengeluarkan senarai top 10 carian tertinggi untuk tahun 2018 bagi Korea Selatan, di mana drama tvN What’s Wrong With Secretary Kim telah mendapat jumlah carian terbanyak. bagi kategori TV. Drama tvN What’s Wrong With Secretary Kim diakui antara drama popular pada tahun ini apabila meraih purata ratings sekitar 7.4% dan 8.5% masing-masing untuk seluruh kawasan dan di Seoul mengikut agensi Nielsen.

Ia bukan sekadar mendapat ratings tinggi, drama ini juga mencetuskan fenomena bulanan berpanjangan menerusi gandingan serasi Park Seo Joon dan Park Min Young yang diraikan sebagai ‘Park-Park Couple’. Mereka juga turut didakwa digosip sedang bercinta dan dinafikan bulat-bulat oleh mereka dalam beberapa siri temuduga yang diadakan. Park Seo Joon turut dinobatkan pemegang takhta Kmania Top 10 Stars di Malaysia untuk bulan Ogos membuktikan populariti beliau dan drama itu sepanjang ianya disiarkan.

Baca lagi : Park Min Young pada pandangan Park Seo Joon ;Eh, mana ada kami dating,” kata Park Seo Joon kepada Park Min Young

Mendiang Jo Min Ki.

Bagi kategori Orang pula, mendiang Jo Min Ki telah mendapat carian tertinggi mengatasi Goo Hara di tangga ke-2. Barangkali, berita kematian beliau secara tiba-tiba telah menyebabkan netizen Korea merasa ingin tahu dan beramai-ramai meletakkan namanya dalam carian Google. Jo Min Ki dilaporkan membunuh diri kerana tak dapat menahan tekanan akibat dituduh mencabul kehormatan beberapa orang wanita sewaktu dirinya muda gara-gara kempen #MeToo yang sedang hangat bertebaran. Goo Hara pula mendapat kedudukan agak tinggi kerana kontroversi membelasah bekas teman lelakinya.

Mengikut carian google tertinggi ini, empat  lagi drama korea turut tersenarai termasuklah tvN Prison Playbook, jtbc My ID is Gangnam Beauty , tvN Mr. Sunshine , KBS My Golden Life dan jtbc Beauty Inside.

Jom kita lihat siapa lagi yang mendapat kedudukan top 10 dalam cari Google untuk tahun 2018:

Kategori Orang :

  1. Jo Min Ki
  2. Goo hara
  3. Roh Hoe-chan (politikus)
  4. Fan Bing Bing (selebriti China)
  5. Kim Bo Reum (ahli sukan “speed skater”)
  6.  “Teman lelaki Goo Hara”
  7. Shin Seong-il (pelakon lagenda Korea)
  8. Chung Yeon (pemain tennis)
  9. Freddie Mercury (vokalis kumpulan Queen)
  10. Lee Jae Myung (politikus)

Kategori TV :

  1. What’s Wrong With Secretary Kim
  2. Heart Signal 2
  3. Produce 48
  4. Prison Playbook
  5. My ID is Gangnam Beauty
  6. New Journey To The West 5.6
  7. Mr. Sunshine
  8. Youn’s Kitchen 2
  9. My Golden Life
  10. The Beauty Inside

Sumber: Google 1

loading...