Peminat memilih Lee Byung Hun sebagai bintang KDrama paling bersinar 2018

Usia bukanlah penghalang. DAN atas faktor itu, Lee Byung Hun telah dipilih sebagai pelakon drama yang paling popular pada tahun 2018!

Gallup Korea telah menjalankan tinjauan dari 7 hingga 30 November yang lalu. Tinjauan atau kaji selidik ini dijalankan dengan penglibatan seramai 1,700 orang yang berumur 13 tahun ke atas dari seluruh Korea Selatan yang dikehendaki memilih pelakon drama terbaik dan paling bersinar sepanjang 2018 mengikut pengamatan mereka. Mereka yang terlibat dalam proses kaji selidik diberi pilihan untuk memilih dua orang pelakon yang mereka rasakan paling layak untuk dinobatkan sebagai Pelakon Drama Paling Bersinar 2018.

Lee Byung Hun menerima undi paling banyak dengan 12.9 peratus untuk peranannya dalam drama TVN – Mr. Sunshine. Ramai meletakkan harapan yang tinggi terhadapnya setelah beliau bersetuju untuk membintangi drama itu memandangkan Mr. Sunshine adalah drama pertamanya dalam tempoh sembilan tahun sejak drama terakhir KBS – IRIS. Beliau dipuji kerana berjaya merealisasikan watak Eugene Choi dengan baik dalam drama itu.

Tempat kedua milik gandingan Lee Byung Hun dalam drama Mr. Sunshine iaitu Kim Tae Ri, yang menerima 9 peratus undian. Walaupun ia merupakan drama pertamanya, ramai yang mengagumi dengan persembahannya sebagai Go Ae Shin.

Di tempat ketiga dan kelima adalah gandingan bersama dalam drama JTBC “Pretty Noona Who Buys Me Food”, Jung Hae In dan Son Ye Jin. Jung Hae In juga turut muncul dalam drama popular tvN “Prison Playbook” dan drama tersebut menjadi tanda aras beliau sebagai pelakon yang sebenar. Son Ye Jin pula telah memberi tumpuan yang lebih terhadap projek filem dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi beliau kembali beraksi dan menghiasi skrin kecil menerusi “Pretty Noona Who Buys Me Food” yang merupakan drama pertamanya dalam tempoh lima tahun sejak drama KBS – “Shark”.

Park Bo Gum mengisi tempat keempat biarpun drama “Encounter,” baru sahaja ditayangkan hujung November lalu dan ia juga satu-satunya drama lakonan beliau dalam tahun 2018. Aura yang dimiliki Park Bo Gum berjaya meletakkan beliau dikedudukan yang tinggi. Dua tahun lepas menerusi drama-drama lakonannya yang lain, beliau juga berjaya menempatkan dirinya dikedudukan yang sama juga iaitu ditempat keempat.

Antara pelakon-pelakon lain yang berjaya menempatkan diri dikedudukan 10 teratas adalah Jang Mi Hee  menerusi dua drama KBS iaitu “Black Knight” dan “Marry Me Now,” Seo Hyun Jin menerusi drama JTBC – “The Beauty Inside, ” Choi Soo Jong daripada drama KBS – “My Only One,” Yoo Dong Geun dari drama KBS – “Marry Me Now” dan Gong Yoo, menerusi drama terbarunya tvN – “Goblin” pada tahun 2017.

Nampaknya 2018 memang tahun yang bersinar buat Lee Byung Hun kerana beliau juga telah memenagi beberapa anugerah tahun ini antaranya anugerah Daesang di Asia Artist Awards 2018. Tahniah beliau dan kesemua pelakon yang berjaya menempatkan diri dalam kedudukan 10 terbaik.

Sumber : Gallup Korea

loading...