“Rating” jtbc Beauty Inside melonjak naik ke paras tertinggi pertama kali sejak disiarkan

Drama jtbc Beauty Inside semakin menghampiri ke penghujungnya dengan berbaki dua lagi episod pada minggu hadapan sebelum jtbc Clean With Passion Now  dijangka memenuhi slot berkenaan. Namun, pada saat-saat akhir ini, drama ini pula mula mendapat rentak.

Adegan perpisahan antara Seo Dong Jae (lakonan Lee Min Ki) dan Han Se Gye (lakonan Seo Hyun Jin) semalam disebabkan kekangan yang tak dapat dielakkan berhubung penyakit yang dihadapi masing-masing telah melonjakkan “rating” drama tersebut ke paras tertinggi pertama kali sejak disiarkan, iaitu pada kadar 5.3% di seluruh Korea dan 6.1% di Seoul, menurut agensi nilaian Nielsen. Ini menjadikan jtbc Beauty Inside di tangga ke-2 selepas SBS Where The Stars Land yang masih kukuh dengan rating sekitar 7.7%, dan juga  di hadapan KBS Matrimonial Chaos, MBC Bad Papa dan tvN Tale of Fairy yang bersiaran pada waktu sama.

https://www.instagram.com/p/BqH8PFMBJZf/

Episod semalam menyaksikan kedua-duanya mendapat tahu perihal kejadian pada sepuluh tahun yang lalu, mengambil keputusan untuk ‘move on’. Han Se Gye dilihat meninggalkan Seo Dong Jae keseorangani. Seo Dong Jae yang berhadapan dengan penyakit yang tak boleh mengecam muka seseorang (“prosopagnosia”) akan menjalani pembedahan yang dijangka meragut nyawanya manakala perubahan tubuh Han Sye Gye pula menjadi semakin tidak stabil kerana beberapa kali menunjukkan simptom peminjam tubuh orang lain yang mendadak tanpa disangka-sangka. Hasilnya, lakonan penuh hiba mereka semalam telah mendapat pujian netizen di atas tangisan pilu yang turut membuatkan netizen berendam air mata.

 

jtbc Beauty Inside yang telah mencecah lebih 30 juta tonton di Naver pada dua minggu lepas boleh dinikmati menerusi Viu Malaysia oleh penonton Malaysia.

Sumber: news chosun

Baca lagi: https://kmania.info/2018/09/28/6-trivia-menarik-tentang-drama-terbaru-jtbc-the-beauty-inside/

https://kmania.info/2018/09/28/6-trivia-menarik-tentang-drama-terbaru-jtbc-the-beauty-inside/

 

loading...