Big Hit Entertainment memohon maaf di atas keterlanjuran kontroversi BTS

Agensi BTS, mengambil tanggungjawab memohon maaf di atas semua kontroversi berhubung kumpulan BTS termasuklah pemakaian baju berlambangkan bom atom, topi Nazi dan keterlibatan BTS di dalam persembahan di mana bendera Nazi dinaikkan. Dalam penjelasan panjang lebar di muka depan facebook agensi berikut, ada beberapa perkara penting diutarakan dalam permohonan maaf secara terbuka olehnya;

  1. Big Hit tidak menerima sebarang perbuatan yang menggalakkan peperangan dan juga gerakan ektremis seperti Nazi, serta tidak berniat untuk menyakitkan hati pihak yang terasa akibat daripada perbuatan tersebut.
  2. Big Hit mengambil maklum bahawa rekaan fesyen baju yang digunakan oleh artis naungannya dilakukan secara tak berhati-hati dan tak disedari akan implikasinya, maka Big Hit mengambil tanggungjawab ini kerana tidak menyediakan panduan rapi kepada artis-artis naungannya dan tak seharusnya dipersalahkan untuknya.
  3. Big Hit mempertahankan penglibatan artis naungannya di konsert Seo Taiji pada tahun 2017 yang dilakukan secara berseni untuk mengkritik totalitarianisme, bukannya menyokong gerakan ke arah sosialis (“National Socialism”).
  4. Menjujung semangat , “Mengubati dan menginspirasikan manusia di seluruh dunia dengan muzik dan artis” , Big Hit mengambil serius kritikan orang ramai dan akan lebih berwaspada di masa akan datang untuk lagi mengguriskan hati pihak terbabit.
  5. Big Hit memohon maaf secara terbuka, menghubungi persatuan-persatuan di Jepun bagi menyampaikan permohonan maaf dan juga menghantar surat pada Simon Wiesenthal Center (kumpulan Yahudi).
Topi yang dipakai oleh salah seorang ahli BTS yang tertera lambang Nazi.

Kontroversi yang melanda BTS ini telah mendesak Big Hit Entertainment untuk memohon maaf dan mempertahankan artis-artis di bawah jagaannya di kala situasi hubungan Jepun dan Korea yang agak kusut dan tegang tentang perkara-perkara sensitif berkait dengannya di samping desakan kuat daripada kumpulan Yahudi Ortodoks semalam.

Sumber: Facebook Big Hit , telegraph

loading...