Tony Fernandes berusaha membawa BTS ke Malaysia seperti diidam-idamkan

14 November 2018 – Tony Fernandes, hartawan terkemuka di Malaysia merangkap CEO syarikat penerbangan tambang murah Airasia,  sedang bermesyuarat untuk memuktamadkan penyiapan stadium hasil kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di bawah pimpinan Syed Syaddiq, ahli parlimen Muar.

Beliau turut memberikan pengharapan bahawa berbagai-bagai aktiviti dapat dilaksanakan menerusi pembinaan stadium ini termasuklah perlawanan gusti UFC yang akan menampilkan Khabib, pemain gusti Muslim yang terkenal di seluruh dunia selain konsert BTS dan juga U2 yang diidam-idamkan oleh rakyat Malaysia.

Mungkinkah BTS tak mempertimbangkan Malaysia dalam senarai jelajah Asia baru-baru ini kerana kapasiti stadium sedia ada tak mencukupi selain kurangnya kelengkapan untuk menampung prop-prop persembahan? Sama-sama kita nantikan berita baik ini, dan mungkin juga Air Asia boleh mempertimbangkan sebagai penaja utama konsert berkenaan.

(Dikemaskinikan) 10 Disember 2018 –  Tony Fernandes mengesahkan bahawa beliau akan ke Korea dalam masa terdekat untuk menghubungi pihak berkenaan (semestinya agensi BTS, Big Hit Entertainment) untuk membawa BTS ke Malaysia, di dalam sesi (Q&A) bersama pelajar universiti yang diadakan di dalam Unisza semalam. Tony Fernandes turut kagum dengan pelajar berkenaan yang sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk menghadiri konsert kumpulan kpop tersebut.

Sumber: instagram Tony Fernandes

loading...