Barisan pelakon China yang kacak berseri bakal turun padang ke Majlis Ulang Tahun Dimsum Ke-2

Dimsum yang merupakan saluran atas talian yang menayangkan pelbagai drama-drama menarik dari Korea, Thailand, China, dan Singapura akan menyambut ulang tahun keduanya di LG2 Blue Concouse pada 16 November 2018 sehingga 18 November 2018 ini.

Sempena ulang tahun keduanya ini, pihak pengurusan bakal membawa pelakon-pelakon drama Cina iaitu ‘The Eternal Love S2’ ke Malaysia pada Sabtu ini iaitu 17 November 2018 di LG2 Blue Concourse, Sunway Pyramid. Para artis yang bakal hadir adalah Liang Jie, Sun Yi Ning, Chen You Wei and Wang Hao Ge. Kehadiraan mereka ke Malaysia julung-julung kalinya semestinya bakal membuatkan peminat mereka tidak tidur lena.

 ‘The Eternal Love S2’ ialah sebuah drama berbahasa Mandarin yang merupakan kesinambungan musim pertama tak lama dulu. Kali ini, ia berkisarkan putera kelapan, Mo Lian Cheng yang masih mempunyai memori tentang masa lalu. Kisah cinta yang melibatkan perjalanan masa ini menonjolkan pelbagai watak baru iaitu Chen You Wei sebagai Ahli Politik Strategi yang misteri, Liao Hui Jia sebagai Puteri Lan Ye Xi dan Guo Yun Qi sebagai Putera Kesembilan. Kisah ini sangat menarik sehingga dapat menarik minat pelbagai lapisan masyarakat untuk menontonnya!

Lebih menarik lagi, pada keesokkan harinya iaitu Ahad (18 November 2018), barisan artis dari drama ‘Till We Meet Again’ turut sama berentap empat mata dengan peminat di Malaysia pada sesi dinamakan sebagai ‘Meet & Greet’. Sudah pasti para peminat boleh berinteraksi dengan lebih dekat lagi bersama dengan artis-artis tersebut. Drama  ‘The Eternal Love S2’ dan ‘Till We Meet Again’ dapat disaksikan menerusi pelantar dimsum dengan pakej yang agak rendah bagi pengguna baru.

Jangan lupa, tanda kalendar anda secepat mungkin. Hanya berbaki dua hari saja lagi. Jumpa di sana!

Tonton dimsum di sini:  Eternal Love S02

loading...