E’Dawn akhirnya tinggalkan Cube dan Pentagon

Terkini:

Selepas meninggalkan Cube Entertainment, E’Dawn telah menukar nama profile di Instagramnya (yang baru dibuka Oktober lepas) dari eeeeedawn” kepada “hyojong_1994. Nama sebenar E’Dawn ialah Kim Hyo Jong yang dilahirkan pada tahun 1994. Beliau juga sempat berkongsi beberapa keping gambar terbaru.

https://www.instagram.com/p/BqKCJokFKVA/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=17lneppx864jk

Gambar E’Dawn atau Hyo Jong turut dikongsikan oleh kekasihnya HyunA sebagai pemberi semangat untuk permulaan yang baru.

https://www.instagram.com/p/BqJ9qsihSzV/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=9iautbqivw86

Terdahulu;

Akhirnya E’Dawn ikut jejak langkah kekasihnya, Hyuna meninggalkan agensi Cube Entertainment dan kumpulannya Pentagon.

Pada 14 November, News1 melaporkan bahawa Cube Entertainment dan E’Dawn telah menamatkan kontrak eksklusif antara mereka baru-baru ini. Sekaligus, E’Dawn juga meninggalkan kumpulannya, Pentagon yang telah debut pada 2016.

Menerusi satu kenyataan rasmi, Cube Entertainment memberitahu,  “Cube Entertainment dan E’Dawn bersetuju dengan penamatan kontrak eksklusif antara kami pada 14 November. Kami sekali lagi berterima kasih kepada artis dan peminat yang masih bersama kami sehingga kini.”

Semuanya bermula apabila Hyuna dan E’Dawn mengumumkan percintaan mereka beberapa bulan lepas yang mana berita itu menjadi tajuk utama setiap media. Hyuna bagaimanapun telah meninggalkan agensi Cube Entertainment pada 15 Oktober lalu.

Selamat maju jaya buat Hyuna dan E’Dawn.

Sumber : Naver

loading...