Trio Oppa HOT The Battleship Island Gegar Malaysia

dari kiri -So Ji Sub, Hwang Jung Min dan Song Joong Ki

Kehadiran trio 3 oppa hot yang membintangi Filem The Battleship Island telah menggegarkan Malaysia. Kehadiran Hwang Jung Min, So Ji Sub serta Song Joong Ki telah melengkapkan list ‘The Most Wanted’ selebriti Korea yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan peminat mereka di Malaysia. 3 oppa HOT itu juga ditemani oleh pengarah filem tersebut iaitu Ryoo Seung Wan. Kedatangan mereka ke Kuala Lumpur selama 2 hari adalah untuk mempromosikan filem terbaru mereka tersebut yang mengisahkan keberanian tiga lelaki yang melarikan diri dari kem buruh paksa di “Battleship Island” dan mengetuai 400 rakan tahanan Korea ketika era kolonial Jepun.

Trio oppa hot ini bagaimanapun telah mencetuskan fenomena luar biasa ketika muncul di perkarangan pintu masuk pusat beli belah terkemuka, Pavilion KL pada Rabu, 9 Ogos apabila Kehadiran mereka berjaya mencuri tumpuan ramai peminat yang telah membanjiri perkarangan pintu masuk tersebut sejak awal pagi lagi. Ketibaan mereka disambut dengan sorakan lautan peminat yang setia menunggu idola mereka.

Sementara itu, Pengurus Besar GSC Movies; Encik Tung Yow Kong dan Pengarah Urusan Clover Films; Encik Lim Teck menyerahkan poster filem yang telah ditandatangani kepada pengurusan Pavilion, yang diwakili oleh CEO Retail of Pavilion KL, Dato’Joyce Yap sebagai acara simbolik program berkenaan.

Pada Khamis, 10 Ogos Trio oppa serta tuan pengarah terus mendapat perhatian media dan lensa kamera apabila satu sesi sidang media telah diadakan di Hotel Majestic, KL. Turut hadir pada sesi berkenaan adalah Pengurus Besar GSC Movies; Encik Tung Yow Kong, Pengarah Urusan Clover Films; Encik Lim Teck, Ketua Pegawai Operasi CJ E&M Hong Kong; AnneChan dan Timbalan Presiden, Content Group Of Astro; Agnes Rozario.

Selepas kejayaan filem Train To Busan, filem The Battleship Island ini juga dijangka bakal menjadi filem box office di seluruh dunia. Tayangan filem ini telah mendapat tontonan sebanyak 1 juta pada hari pertama tayangan di Korea sekaligus telah memecahkan rekod sepanjang masa Korea . Filem ini akan ditayangkan ke seluruh negara mulai 17 Ogos 2017.

The Battleship Island diedarkan bersama di Malaysia oleh Clover Films dan GSC Movies bersekutu dengan King Kong Media Productions dan The Number 8 Yard. The Battleship Island Malaysia Star Tour dengan bangganya dibawakan tvN Movies; dengan kerjasama daripada Rakan Kongsi Radio – MY FM & Melody FM; Dan Rakan Kongsi TV – tvN.

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook GSCMovies.

Lagi gambar-gambar oppa;

loading...